Sunday, September 8, 2013

geramnyee!!


Hai salam blogger semua..
Dah lama tak update
Biasalah terlalu busy dan terlalu banyak perkara yang tak pernah kita impikan berlaku namun akhir nya berlaku.. haha ..Kadang-kadang  bila difikirkan balik.. lawak juga benda tu.. tapi mungkin ada hikmah disebalik perkara yang berlaku… yeah mybe..

Dan hari ni seperti hari hari yang biasanya aku still duduk terkangkang kat rumah sambil menunggu bukanya semester yang bakal menggetarkan jantung nak keluar pon kene sekatan jalan rya! Huishh.. ni adalah last semester untuk aku bergelumang dengan buku – buku tercinta.  Hmmm muet lagi.. pening kepala..
 
hmm.. kadang - kadang tak faham dengan hidup ni.. benda betul yang kita buat tak ade pulak orng nak percaya. tp benda yang tak betul kita tak buat, kalut lah nak percaya. mungkin sifat manusia memang macam tu kot. KALUT! korang tau kalut tu apa?? kalut tu MENGGELUPUR! sakitnya hati bila kita cakap benda betul membebel dah macam kene rasuk.
stat esok kelas ada beberapa hari yang balik malam. lewat.. bagus kan untuk seorang budak perempuan habis kelas lewat malam, naik motor sorang - sorang, perjalanan dari tmpt belajar ke rumah dah rupa macam dari KL ke IPOH, dengan keadaan motor yang chantek punya baek dah tunggu masa nak GOAL, dengan mata tak brapa nak klier, spek mata hilang tah kemana aku sedekah kat orang .baguskan?? ala rilek laaaa.. akukan spenda woman.. abeh kuat pon kalo xcident masuk je hospital. kalo dah tak boleh diselamatkan masuk je batu dua..
 
tak piker ke tentang keselamatan aku eh? bahaya ke tak balik lewat malam, lo jadi motor rosak ke tengah highway macam mana, boleh Nampak ke aku jalan malam - malam, tak piker ke semua tu??? dia fikir kepala dia je n keputusan dia. n I must be follow!! nak kawal konon Nye takut aku buat bnda bkn bkn. hey im not stupid like DOG la!! ingatkan duduk sni ati boleh tenangla. hari hari terkurung dah macam banduan plak rasanya. nak berkawan pon tak boleh, nak berdating pon tak boleh. apakah?? susahnya.. bknnya aku tak balik umah. nak kata balik lewat tu tak ada plak la sampai pukul 1 pagi. paling kuat pukul 9 mr z dah anta balik.
 
hey hey hey dah dah dah aku dah malas nak sembang hal ni. cakap wat sakit hati je. aku nak cepat - cepat habis belajar, cari keje, kumpul duit, buat mana yang patut n last step KAHWIN! more better from now. BYE!!

Tuesday, August 20, 2013

kehidupan sebenar bukan hanya di dalam sebuah sangkar mewah.

merenungi ke luar jendela
mengenangi nasib yang tak selalu menyebelahi
tiada sahabat, tiada teman, tiada rakan
untuk memenuhi harian dengan gelak ketawa..
hilang, pudar dalam sekelip mata..
hanya di temani dinding - dinding yang gah berdiri..
sepasang mata hanya mampu merenungi kehidupan diluar sana yang penuh dengan kegembiraan..
celik mata hanya yang Nampak sebuah kekecewaan dan kesunyian.
pejam mata hanya yang Nampak segala memori yang pernah bahagia..
tiada apa yang dipinta..
cuma sedikit ruang untuk dapatkan sejuta bahagiaan..
menjejak kaki keluar hanya untuk beberapa jam menunggu..
tidak pernah pulang hingga heningnya waktu pagi...
tidak perlu berhari - hari untuk mencari kegembiraan..
cukup untuk seminggu dua kali..
namun itu juga menjadi punca yang menyebabkan ketidakpuasan hatinya..
diberi masa sebelum mencecahnya jam 10
namun baru 2 kali melebarkan sayap,
ditariknya kembali masa itu menjadi sebelum hilangnya matahari senja..
apakah kau fikir hanya kita sahaja yang berada di dunia Allah ini?
terlalu banyak manusia,
terlalu banyak halangan di atas jalan..
jika punya sayap. sudah tentu masa yang ditetapkan tidak pernah akan dilepasi.
bukan memprotes dan bukan membantah..
segala yang berlaku tahu ada hikmah dan kebaikannya..
namun apakah itu satu kewajaran dengan tidak membenarkan seseorang itu keluar untuk mencari sahabat dan bergembira bersama teman - teman yang lain?
jika keluar, hatinya turut runsing.. bukan runsing kenapa..
cuma setiap masa hanya di pandang detik dan waktu jam yang bergerak di pergelangan tangan
mengira waktu untuk sampainya ke rumah pada masa yang di tetapkan.
bukan kecewa mahupun terasa..
namun kebahagiaan dan kegembiraan tidak akan dapat jika hanya dikurung seperti Zaman darurat pada tahun kedatangan Jepun suatu masa dahulu..

Sunday, August 18, 2013

banyak perkara yg menyebabkan remaja tidak boleh berfikir dengan waras!

kesilapan sering terjadi pada setiap individu, cuma sedar ataupun tidak..
kerana kesilapan jugalah akan memberikan kesusahan pada individu tersebut..
orang kata kalau hidup sempurna namun tiada kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup adakah itu juga dipanggil sempurna?
itu yang terjadi kepada mereka.. kegembiraan diragut disebabkan atas kesilapan yg lampau.
bukan kehendaknya kesilapan itu berlaku.
mereka di kurung, di pantau setiap masa.
tiada kebebasan, tiada teman untuk berbicara. hanya yang ada sebuah bilik yang dipenuhi perabut dan juga perhiasan rumah..
hati mereka memberontak untuk mencari sedikit kebebasan, cukuplah jika diberikan hanya sedikit cuma.. namun itu juga tiada.

nak tahu kenapa ramai remaja lari dari rumah atau buat sesuatu perkara yang tak masuk di akal?
salah satu punca remaja perfikiran begitu adalah kerana satu perkara iaitu KEBEBASAN.
Mereka tidak minta banyak. cukuplah mereka diberikan sedikit kebebasan. Jangan disalah ertikan apa maksud kebebasan itu. banyak maksud kebebasan itu. mungkin dari segi pergaulan, dari segi ketenangan banyak lagi.

contoh dari segi pergaulan :
- kenal dengan siapa mereka berkawan, baik ke tidak.
- kalau mereka nak keluar, biarkan, tapi mereka perlu beritahu  atau lebih bagus bawa kawan yang dia nak keluar bersama tu dengan ibu bapa.
- perlu ada limit. kalau keluar pon seeminggu sekali bagilah limit dari pagi sampai 10 malam. tapi selagi tak sampai limit tu jangalah kelam kabut suruh dia balik.
- tapi kalau hari - hari dah keluar tu lain ceritalah.. bolehlah limitkan dari pagi sampai petang.
- jangan kawal mereka seperti budak sekolah rendah. sebab hati remaja ni memberontak. kita pon tak tahu macam mana perangai si pengawal tu semasa dia remaja dulu hah! entah2 dia pon sama.

contoh dari ketenangan :
- mungkin disebabkan dengan masalah keluarga yang selalu bertekak sampai nak ptus urat tengkok.
- mungkin juga disebabkan persekitaran rumah yang terlalu bising.
- mungkin juga disebabkan tekanan dari orang sekeliling.
- atau mungkin sebab dia tak ada sesiapa yang nak dengarluahan hati dia. macam remaja ni kebanyakannya mereka tidak akan berkongsi luahan hati mereka dengan ahli keluarga, satu mungkin disebabkan factor malu, tidak selesa atau pun tidak mahu ahli keluarga risau dan kecil hati. mereka lebih banyak menceritakan masalah mereka kepada orang luar. contohnya orang yang terdekat padanya macam mungkin bf dia, dan mungkin juga sahabat baiknya. tapi kebanyakannya mereka lebih selesa bercerita pada teman lelaki mereka. ini kerana mereka sentiasa ada bersama remaja itu.
nak dijadikan cerita, kena si teman lelaki tu berotak dan pandai berfikir mungkin dia akan nasihatkan teman wanitanya dangan cara yang baik. tapi... kalau si teman lelaki nya ni jenis takberotak, jalan paling mudah adalah LARI RUMAH! dan si perempuan tu yang tengah dilanda masalah tu tak boleh nak fikir dengan sempurna. dan ia anggap itu adalah jalan yang betul.. macam orang cakap YES MAN!

huish banyaklah punca kenapa ramai remaja wanita lari dari rumah. mereka memberontak kerana apa yang mereka inginkan dihalang oleh orang lain. mereka  tidak minta banyak, cukuplah jika kita memahami apa yang mereka inginkan. jiwa remaja adalah jiwa memberontak. dan tak perlu mengubah orang lain jika dia tidak bersedia lagi untuk berubah. kerana perubahan itu akan datang sendiri pada diri dia sendiri. dan dengan rela hati mereka akan mula berfikir akan pembaharuan yang baru pada diri mereka. tak perlu dipaksa dan tak perlu untuk digubahsuaikan mereka. sebab jika kita yang cuba untuk mengubahkan mereka, jika perubahan itu tidak ikhlas pun tak berguna. contohnya macam sembahyang. kita paksa orang sembahyang, ya dia pergi sembahyang, tapi kalau sembahyangnya dengan cara terpaksa dan tidak ikhlas apakah itu hanya sia - sia?
orang cakap biar seseorang itu berubah kerana Allah dan kerelaan dirinya sendiri bukan dia berubah kerana desakan orang lain. Its Wrong!

Thursday, August 15, 2013

wahai penunggang Motorsikal..

hye .. motor berkuasa tinggi? ya ya ya.. ramai anak muda tak kira dari golongan 20 an hingga ke atas2 nya kebanyakkan suka dengan motor berkuasa tinggi.. jika minat tidak mengapa mungkin itu adalah sebahagian daripada hobi mereka. tapi pada mereka yg ada motor berkuasa tinggi tu kalau boleh janganlah bawa laju2 korang tak sayang nyawa ke.. aduhai.. takut aku tengok orang yang naik motor besar2 ni. especially my BF.. Mr. Z.. he very2 like it! haish aku pun tak paham. Aku paling tak suka motor yang bersisi besar. entah.. banyak benda yg aku takut. salah satunya yg paling besar adalah MATI.. ya mati tu boleh je kat mana2.. dalam tidur pon boleh. tapi selagi kita boleh elak perkara buruk terjadi, elakan lah, janganlah cari penyakit. kadang - kadang trauma pon ada juga bila naik motor besar ni dengan tahap kelajuan yg dah rupa macam roket neh.. nak tercabot jantung aku.. kalaulah jantung aku ni boleh bcakap kompem dia akan cakap "tak mau..tak mau naik motor laju2 tu.. nanti saya terkejut" .. hmm..

kebanyakan yg korang tengok kemalangan yg berlaku dengan kadar kematian yg tinggi adalah penunggang motor  ygberkuasa tinggi. bukan nak kata motor berkuasa rendah ni tak ada terlibat dalam kemalangan. ada.. contoh, motor yg berkuasa tinggi nih mana boleh bawak slow2.. sumanya nak faster!!Cepat sampai. bayangkan korang tengah laju gila tahap kambing neh. tetiba plak ada manusia yg tak brapa nk sabar neh. cross ke jalan sebelah kanan/kiri dgn tak bagi signal selamba unta saja men masuk.. yg motor tengah laju nih tak sempat nak brek. Dushh!!! kompem Gelap!! .. tu contoh utk motor berkuasa tinggi. bagi penunggang motor berkuasa rendah plak. memang ada juga kemalangan. takkan lah setakat motor EX5, Kriss, Lagenda, LC, 125 tu pon korang nak bawak laju2 kat jalan yg tengah sesak gitu.. nak kemana korang? nak terberak ke? tak pon anak kucing nak terberanak kat umah yg kalut sangat nak laju2 neh.. Tak de Nye lari destinasi korang yg nk pegi tu melainkan tempat korang nak pergi tu ada kaki.  kalau bawak slow atleast ada can jugaklah kita brek n menapak dgn selamat. abeh kuat pon patah riuk je. tak macam motor2 besar ni kalo da excident. tak boleh buat apa da. Bye bye je jawapnya.

risau aku dibuatnya dengan hobi si Mr. Z. ni da siap pasang angan2 nak beli superbike alahai Mr. Z.. tak payahla.. simpan je wet tu beli rumah ke kan lagi bagus.. habih segalanya kecut naik motor dgn dia hishh! adik aku pon sama. naik motor dah rupa macam meteor.. laju nak mampuih.. bajet motor tu kebal. aduhai.. risau risau.. dia jela sorang adk yg aku ada.. sengal alam dia tu pon dia jgk yg selalu teman aku kemana pegi.. tu aku cukup risau kalau dia terjebak dengan perkara yang tak berpaedah. mcm merempit ke alahai.. jgnla dik oi.. abg aku dulu ada mtor besar dia beli. aku pun membebel gak, mane tak Nye dri kl ke perak tu dia blh wat dlm msa sejam lebih?? haish!! naik motor ke naik jet tuh.. hish.. tp sekarang dia da jual motor tu.. lega aku. ni ha sekarang ni Mr Z aku ni ha heavy dgn mtor. haish nak pancitkan mtor dia kang, tak dapat plak dia bejalan. nak tanggalkan handle motor dia tu kang, nak gi dating pon tak dapek nanti lehh.. heheh.. papew je lah..

 pada penunggang motor sekalian, tak kirala motor kecik ke besar ke basikal ke kereta ke.. berhati - hatilah masa memandu/menunggang. jgnla wat jalan ni mcm tak ada kenderaan yg lain plak men aci masuk je..pikior org len sama disekeliling. ingat skit

"BIAR MENINGGAL SAKIT, JANGAN MENINGGAL EXCIDENT! BIAR MATI SEMPURNA FIZIKAL, JANGAN MATI TAK NAMPAK RUPE"

tapi kalau dah ajal nak buat macam mana, nak mengelak pon tak boleh. cuma hati2 di jalan raya saja.. byee..

Sunday, August 11, 2013

Teori yang mengatakan Manusia Dari Beruk adalah Tidak Benar.

kejadian Bumi yang kita sendiri pon tidak berapa nak tahu di mana munculnya bumi ini. ha.. kat sini aku dapat tahu sikit sikitlah nak bercerita sikit..
 
secara saintifiknya para saintis telah mengkaji dimana datangnya bumi ini adalah pada masa dahulu yg berbilion - billion tahun dahulu, tiada bumi, tiada hidupan, tiada udara, terjadinya bumi ini adalah dengan hasil cantuman - cantuman daripada batu - batu kecil yang berlaga - laga antara satu sama lain kemudian ia telah bercantum dan terhasilnya satu batu besar yg di namakan Bumi.
 
kejadian manusia ini dari mana? ramai yg beranggapan manusia ini di jadikan revolusi daripada Seeokor beruk dimana ia dari bongkok semakin lama semakin tegak.. siapa kata manusia dijadikan dari seekor beruk? haish korang ni.. tapi tidak boleh disalahkan beliau. ini adalah fakta yg telah dihasilkan oleh ahli saintis yg bernama Chile Darwin. kajian beliau diberi nama sebagai Homosapien dimana perkataan ini berasal daripada Italy yang membawa maksud Homo ialah manusia, mana kala Sapien pula adalah Bijak. Homosapien adalah Manusia Bijak. Kajian beliau adalah salah. seperti mana kita tahu, manusia itu berasal dari Tanah dan menjadi segumpal darah. Kita datang daripada Allah.
 
Manusia pertama yang muncul adalah Nabi Adam, kemudian Allah memberikan pasangan kepada beliau iaitu Hawa yang menjadi Isteri Beliau. Hawa dijadikan dari tulang Rusuk Nabi Adam. dan seperti mana kita tahu, wanita ini sebenarnya adalah Bengkok. oleh kerana Bengkoklah Allah jadikan seorang Lelaki yg cuba untuk meluruskan seorang wanita itu. kemudian, Nabi Adam dan  Hawa telah melahirkan dua pasangan kembar bernama Habil dan Iqlima adik perempuannya dan juga Qabil dan Lubuda adik perempuan kepada kembarnya Qabil. Nabi Adam berfikir, bagaimana hendak mengembangkan Zuriat untuk menjadikan pengikutnya ramai. Beliau meminta petunjuk Dari Allah, Kepada Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dengan puterinya. Qabil dikahwinkan dengan adik Habil yang bernama Lubuda dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima. pada zaman dulu kahwin adik beradik memang digalakan. tapi bukan sekarang ya!
 
 sambung balik.. :) .. perkahwinan antara Qabil dan Lubuda tidak menjadi dimana Qabil tidak mahu berkahwin dgn Lubuda kerana paras rupanhya tidak seperti adik kembarnya iaitu Iqlima yg dimana akan dikahwinkan dengan Habil. tanpa menggunakan kekerasan Nabi Adam berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut. dan disitu Allah telah memberitahu salah seorang dari Habil ataupun Qabil perlu dikorbankan. Panjang lagi jika nak aku bercerita. tapi mata dah mengantuk la. apa kata kau orang cari je kisah2 nabi. ya kat situ kita tahu dari mana datangnya manusia. bukannya Dari Beruk. ceh.. apa lah kau orang ni.
 
Teori ini adalah tidak benar

manusia datangnya dari Allah.
 

Fakta yang Jarang kita ketahui!

hye selamat malam Bloggerku.. hari ni aku dapat banyak ilmu pengetahuan yang aku sendiri tak pernah tahu.. eh, bukan tak pernah tahu atau ambil tahu, tapi tidak terlalu banyak untuk aku ketahui.. tetapi hari ini abg aku dah terangkan pelbagai fakta - fakta menarik yang menarik minat aku untuk mendengar. dan kebetulan aku memang suka untuk mempelajari topic tersebut. iaitu Sains dan Alam Semesta. tahu tak korang apa itu alam semesta? alam semesta itu adalah bumi yang dimana didiami oleh hidupan hidupan.. topic menarikdan aku suka untuk mengetahui atau mengkaji sikit demi sedikit.. suka bidang sains tapi perginye masuk bidang Skrip.. hai. apa nak buat rezeki aku menghala ke lain agaknya. Jom kita tengok apa yg dah aku dapat ketahui dari abg aku yg boleh dikatakan sebagai GENIUS.. dia banyak membaca dan hobi dia adalah membaca perkara yg fakta. tabik kat dia.

Fakta kemunculan Bangsa Melayu dan Juga Facebook (secara Am)

korang tahu tak kenapa orang Yahudi tidak berapa suka dgn orang islam lebih - lebih lagi orang berbangsa Melayu? ha, kat sini apa yg aku faham dgn yg abg aku bercerita ini kerana, Orang Yahudi berasal daripada keturunan Yahudza , alkisah ini dengan dalam al quran juga ada menceritakan tentang 25 Nabi, namun salah seorang dari nabi itu ada bernama Nabi Yaakub yg mana dia mempunyai anak yg bernama Manaseh. Manaseh inilah yg digelar sebagai Imam Mahadi/Mahdi (maaf kalau tersilap). Orang keturunan Yahudi ini hendak membunuh si Manaseh (Imam Mahadi) ini kerana, mereka berkata Manaseh ini adalah salah satu manusia yang akan membunuh/menyembelih seluruh keturunan Yahudi.  ada kajian yang mengatakan golongan yang paling rapat/hampir dgn imam Mahadi ini adalah golongan Melayu. Disebabkan itulah Orang Yahudi ini amat suka dgn golongan melayu dan cuba untuk menyesatkan Orang - orang melayu. kerana mereka tahu Orang melayu ini amat berkuasa dari segala segi.  mereka tidak menggunakan cara yang kasar sperti macam zaman jahiliah dulu dgn cara membunuh. oh tidak.. sekarang ni mereka menggunakan dengan cara yg halus tanpa kita semua sedari.

Korang nak tahu apa Kaitan Facebook dan juga kisah orang Yahudi yang cuba untuk menjatuhkan orang melayu/muslim?
- siapa pengasas Facebook? sudah semestinya Mark Zugeberg kan? apa keturunannya?oh semestinya Yahudi.. sebenarnya mereka mencari orang yg berketurunan Imam Mahadi, kerana bagi mereka Golongan Imam Mahadi adalah ancaman kepada keturunan mereka. dengan menggunakan fb ni lah mereka dengan cara yg  slow motion orang cakap untuk mereka menghapuskan bangsa melayu. Orang Yahudi ini mencari orang yang bernama Abdullah Bin Mohammad.. tahu tak siapa beliau? beliau adalah nama sebenar Imam Mahadi dan korang juga mesti tahu siapa itu Imam Mahadi kan? Orang Yahudi akan mencari keturunan2 Abdullah Bin Mohammad, jika mereka dapat orang yang namanya sama dgn nama diatas dgn otometiknya mereka akan menarik perhatian si penama itu untuk membawanya pergi jauh dari landasan yg sebenar. kalau kau orang tahu sebenarnya FB ni dia baca semua data2 tentang diri seseorang individu. itu sebabnya dalam mana2 mana laman social agaknya tidak perlu kita nak bubuh nama sebenar. bahaya.

So beringat - ingatlah semua. jangan mudah ditipu oleh orang lain. jika nak tahu yang lebih detail. kau orang perlu banyak membaca tentang ini, korang kena tengok salah silah keturunan orang melayu dan juga gunakan kaitan dengan Al Quran yg ada mengisahkan tentang kehebatan Nabi2 dan juga para Malaikat. seronok aku dengar bila abag aku bercerita. its Wonderful!

Friday, August 9, 2013

Kidal satu keunikan

kidal??siapa kata orang kidal seorang yg cacat?haish ini yg aku marah...aku adalah seora kidal..segala perbuatan atau aktiviti yg aku lakukan kebanyakkan dilakukan atau dimulai oleh tangan kiri jika orang lain perasan. tapi kalau kita nk tahu seorang individu itu kidal ataupun tidak. bagi pemerhatian aku.seorang individu yg menggunakan tangan kiri mereka akan lebih selesa menggunakan jam di tangan kanan. manakala orang yg menggunakan tangan kanan akan memakai jam di tangan kiri.. kalau kau orang tak percaya cuba kau orang tengok org yg memakai jam di tangan kanan,adakah mereka kidal ataupun jika mereka memakai jam ditangan kiri adakah mereka menulis di tangan kanan.

Jom intai si kidal..ia amat berkait dengan otak. apakah ia?

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan

jom ketahui info kidal.

1.  Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.

2. menurut kajian si kidal tidak ada berkaitan dgn gen terhadap kedua ibubapa. tetapi jika kita intai,salah seorang daripada setiap ahli keluarga anda pasti ada yg kidal.rata2 nya setiap sebuah keluarga.

3. lebih ramai lelaki yg kidal jika hendak dibandingkan dgn perempuan.

kelebihan si kidal mereka akan kecenderu di dalam dunia hiburan dan kreatif.. namun keburukan kepada si kidal, mereka tidak percaya atau yakin pada diri sendiri. mereka juga terlalu sensitif dengan perasaan, mudah menangis dan tidak berapa suka berkongsi masalah dengan org yg kurang dipercayaai.

aku jugak kidal. dalam famili aku,aku seorang saja kidal yg lain semuanya kanan. dan aku lebih selesa memakai jam di sebelah kanan. so kepada golongan kidal jgn merasakan diri anda rendah. berbanggalah dengan apa yg dikurniakan oleh nya..