Wednesday, July 17, 2013

NASIB PENGEMIS TUA

Angin deru menghembus halus dipipiku
ombak elabai lambai penuh kesyahduan
mereka seperti memahami apa yg terbuku di kotak pemikiranku.
penuh sarat dengan pelbagai persoalan yang tidak pernah padam dihati ini..
seorang lelaki tua duduk tersimpuh di kaki lima.
seorang ibu tua mengendong anak kecil di pangkuan,
mereka menadahkan tangan meminta huluran tangan kita semua
membantu mereka yang tidak berupaya..
apakah kita sanggup melihat mereka begitu
siang dan malam tidak kira hujan atau panas
mereka tetap disitu demi sesuap nasi..
 
wahai ibu tua, di manakan anak anakmu yang sewaktu kecil kamu tatangnya bagaikan seorang bidadari mahupun bidadara? di manakah mereka semua? hati kecilku turut bersuara..
wahai ayah tua dimanakah saudara mu?
apakah mereka tidak mampu untuk menjagamu
di saat menjelangnya hari tuamu?
sedih aku melihat mereka semua..
apalah nasib mereka sehingga sanggup dibiarkan di jalanan merempat..
wahai anak - anak muda.. ambillah mereka kembali..
lindungilah mereka dengan sepenuh kasih sayangmu
seperti mana mereka melindungimu sewaktu lahir
janganlah kau abaikan mereka kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai anak
iaitu untuk mendoakan untuk kebaikan mereka.
 
 
 
 

Allah Jagakan Dia untuk ku.. :)

hanya dirimu yg ku cintai
takkan membuat aku jatuh cinta lagi
aku merasa..
kau yg terbaik untuk diriku
walau ku tahu kau tak sempurna
takkan membuat aku jauh darimu
apa adanya..
ku kan tetap setia padamu
tuhan jagakan dia..
dia kekasihku kan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi
setulus hatiku..

 
 

saat tiada lagi waktu untuk kita berjalan seiring
saat tiada lagi waktu buat kita berkongsi cerita girang
cukup saja aku merapatkan jari jemariku.. menangkupnya..
lalu mendoakan dirimu..
dgn cara itu aku memohon agar DIA selalu menjagamu..

bukan mudah untuk jatuh cinta.. bukan mudah untuk melafazkan sayang.. bukan mudah untuk melafazkan maaf.. bukan mudah untuk mengungkapkan rasa rindu setelah kehilangan rasa cinta dihati pada satu masa dahulu.. namun saat dhia mula merasaai kegembiraan bersama teman tanpa cinta. dia muncul menghadiahkan satu bibit yg sukar utk dmengerti. namun kerana hatinya juga turut terluka dhia sedia mendengar desus desus kesedihannya tanpa berbuat apa. hanya menjadi pendengar dan nasihat setia kepadanya. dalam tak sedar ada satu rasa bergayut dihati. apakah itu? cinta?sayang? eh ehh.. tak tahu. takut untuk mentafsirkannya secara awal. dan kenal mengenali akhirnya si dia yg sedang keliru dgn perasaannya mula bermain dgn hati sendiri. kedua2 takut untuk membuka hati semula. namun.. kenal dan kenal. n ngam!! he is a good not same like he friends.. dhia try n cuba (padahal maksud yg sama) bagi ruang untuk dia coz im afraid I 100% takda perasaan terhadap lelaki.. what that's? haha.. not mean im lesbian lol! geli aku.. but I just be careful n takut perkara lama jdi balik. n until now.. kami masih bersama.. terima kasih Allah.. kalau benar kau utuskan dia untukku. kukuhkan la dinding2 hati kami berdua untuk bersama dan bawalah kami ke Jannahmu.. :)

friendship never dies :)

kat sini dhia nk ceritakan tentang persahabatan kt korang semua..
korang tau apa makna SAHABAT?
 
S = SAHABAT
A = AKAN       
H = HIDUP      
A = ANTARA 
 B = BERPISAH
A = ATAU       
T = TERPISAH
 
Nilai persahabatan ini sebenarnya tidak diukur dengan harta benda, tapi di ukur dgn nilai keikhlasan dan saling ingat mengingati. kat sini Dhia nak ceritakan tntg seorang sahabat dhia yg cukup baik dan sesuai dijadikan sahabat. nama Dia Tieya Haji hashim.. ya dia orang Terengganu dan mempunyai sahabat baik bernama Wan Nuriza (im not sure she name) ya.. dorang ni mempunyai satu persahabatan yg agk pelik kalau semua orang tengok. pada mulanya aku lihat pon agk kepelikan coz I never seen relationship like tht bfore this n sometime its like annoying. tp bila da satu rumah selama hampir bertaun2 ni.. yeah she a good person.n very good. she 25 years. n dlm rumah ni ada 5 orang dan Dhia yg paling muda. Tieya ni dia terlalu ambil berat tentang Dhia sampaikan kadang2 jd rasa disyangi..(hak tuih :P) its true u know!! she always asking me where ar u, wht ar u doing, take care n anything even she knows I'm dating with my beloved boyfrens n sure I will be safe with him.. but I know she really cares about me.. thanks dude.. dlm rumah ni dia yg slalu jaga kebajikan Dhia selama dhia tinggal di rumah ni.. n this week the last time dhia bersama kawan2 di rumah sewa coz I must stay at my sis house.. hmm.. its bads news.. but dnt worry I will always to come here agains. kepada Tieya, Dhia tak tau macam mana nak balas semua jasa tieya.. tieya faham dan memahami dhia tak seperti Ina. yap.. ina juga kawan baik Dhia but she not same like tieya.. ina sentiasa ada time aku senang.. coz we not same house n of course she dnt know wht happen to me. but tieya always with me even im happy or sad. tapi Ina jangan kecil hati.. u also my best n goodfrens. ina sentiasa ada time Dhia perlukan pandangan dan nasihat.. dia selalu bg nasihat n bla bla n bla (da macam emak ).. hik hik.. thanks ina.. never forget wht u always tell me.  so kepada kawan2 yg sedang mencari sahabat tu, kalau boleh cari yg sekepala dan saling ingat mengingati.. jgn cari kawan yg hanya ada time kita senang. my bf always said to me "kalau kita berkawan dgn orang jual myk wangi, kita pon akan kena tempiasnya.."


Tuesday, July 16, 2013

Dunia Tanpa Sempadan


 
internet!!
satu perkara yg tak boleh dipercayai .. memang kemudahan internet ni amat perlu utk kita semua tapi kebanyakan manusia manusia di muka bumi ni tersalah gunakan kegunaan internet. internet dicipta adalah untuk mencapai segala keperluan kita yg diinginkan.. contoh kalau kita lihat pada masa lalu.. masa dulu tiada kemudahan internet, segala maklumat yg individu inginkan pasti amat menyusahkan dimana kita terpaksa pergi kesatu tempat ke satu tempat untuk mendapatkan maklumat itu.
 
Dalam era ledakan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan  pada masa kini, pelbagai teknologi yang telah digunakan untuk menyebar segala maklmat dan pengetahuan. Pada masa kini, teknologi yang dianggap penting ialah penggunaan internet yang bukan sahaja digunakan sebagai alat penyebaran maklumat tetapi ia juga turut digunakan sebagai bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekplah ataupun di IPTS dan IPTS. Kemunculan teknologi internet ini secara umumnya telah banyak memberi sumbangan kepada dunia pendidikan dan ia turut di janjikan akan memberikan sumbangan yang menawarkan satu kaedah dalam penyelesaian masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 
APAKAH YANG KITA FAHAMI DENGAN GLOBALISASI?
Globalisasi adalah merupakan sesuatu proses untuk meletakan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah Negara. Dengan adanya proses seperti ini dunia akhirnya tidak lagi akan mempunyai sempadan dan ruang dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Dengan adanya teknologi yang canggih pada masa kini ia dapat menjalinkan satu perhubungan dianatar sesebuah Negara dengan Negara yang lain dan perhubungan sesame manusia dapat dilakukan dalam masa tempoh yang singkat  dengan hanya Cuma melalui rangkaian internet sahaja sudah mencukupi.
Dalam era globalisasi ini, menurut Kamus Dewan globalisasi ia telah didefinisikan sebgai sebuah fenomena yang menjanjikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia yang disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala saintis barat juga telah mentakrifkan globalisasi ini adalah sebuah proses kehidupan yang serba luas yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini
Jika dilihat dengan pandangan kita sendiri, globalisasi pada ketika ini telah menjadi perhatian dari pelbagai pihak. Ia merupakan istilah yang begitu popular dalam arena politik antarabangsa,tetapi ia telah menjadi konotasi yang agak asing bagi komuniti tempatan. Pada ketika ini, kita telah melihat penduduk Bandar mempunyai keupayaan dan kesungguhan dalam menghadapi cabaran globalisasi, ini kerana hampir setiap hari golongan ini  terdedah dengan pelbagai kemudahan internet. Bagi penduduk luar daripada Bandar pula, glonbalisasi merupakan satu fenomena yang gak baru bagi mereka. Ia dipercayai telah memberikan pelbagai faedah kepada Malaysia dari aspek kemasukan pelaburan dan juga hubungan diplomatik Negara.
Unsur globalisasi ini juga telah dipercayai banyak memberikan kesan yang agak serius juga kepada Negara yang terlibat dengan proses tersebut. Antara contoh yang sering kita lihat adalah dari kesan aspek kemerosotan budaya dan juga nilai tempatan. Jika situasi ini semakin berterusan, kemungkinan penduduk luar bandar akan berada pada situasi kemerosotan akhlak dan budaya.
            Adakah kemunculan internet telah dianggap sebagai alat komunikasi yang terkini menjanjikan satu wadah penyebaran ilmu dan juga maklumat. Menurut pandangan Encik Rosli  iaitu merupakan seorang Dekan dari Fakulti Media dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia, beliau berkata jika mengikut sejarah perkembangan internet ini telah bermula pada tahun 1990an lagi. Kepada mereka yang telah lahir pada tahun itu,       sebenarnya mereka telah didedahkan dengan kemunculan internet. Manakala kepada mereka yang berada dalam lingkungan 20an mereka telah mendapat manfaatkan segala maklumat dari internet. Jika kita melihat dari segi positif, ia boleh dikaitkan dengan memantapkan ilmu dan juga maklumat. Konsep yang digunakan adalah internet adalah satu sumber sebagai satu alat untuk mendapatkan maklumat dan ia dapat disebarkan dengan lebih cepat. Bagi mereka yang sering menggunakan kemudahan internet dengan disokong dengan jalur lebar seperti broadband, wifi, segala maklumat itu dapat disebarkan dengan kuantiti yang banyak.
Menurut pengalaman yang dihadapi oleh Encik Rosli, pada tahun 1986, beliau mengatakan untuk mendapat sesuatu maklumat pada masa itu amatlah sukar dan lambat. Contohnya pada masa itu beliau cuba untuk mendapatkan sesuatu maklumat daripada sebuah Universiti di US, beliau telah membuat permohonan melalui perpustakan UPM, beliau mengatakan untuk mendapat maklumat yang beliau inginkan ia akan mengambil masa selama enam bulan untuk mendapat sesuatu maklumat yang beliau inginkan. Tetapi sekarang ini dengan adanya kemudahan internet beliau boleh mendapat maklumat yang sama itu hanya dalam masa satu minit sahaja. Selain itu, internet ini memang dapat memberikan satu ruang untuk penyebaran maklumat yang dapat menyebarkan ilmu, dan tiada siapa dapt menafikan kerana ia sememangnya berlaku dan kemudahan internet ini amat mudah dan pantas untuk digunakan mencari maklumat yang penting.
Berjuta-juta laman web yang telah di bangunkan di seluruh Negara yang boleh kita lihat, dan ada juga beberapa Negara yang telah memantau perkembangan dunia siber. Contoh yang dapat dilihat oleh kita semua, Negara yang sering memantau perkembangan dunia siber adalah Negara China. Di Negara tersebut mereka amat menitik beratkan tentang etika dalam dunia siber. Pengguna di Negara China, mereka tidak mempunyai laman web sosial seperti facebook, ini bermakna di Negara berkenaan boleh mengawal segala pergerakkan segala maklumat melalui siber dengan keupayaan teknologi yang mereka ada, perkara itu amat bagus dan baik jika pihak berkuasa di sana mengawal pergerakkan siber, namun, ada juga kesan dan akibatnya bila mereka mengenakan sekatan sesuatu maklumat di dalam kalangan rakyat dan secara tidak lansung mereka telah menyekat kebebasan hak individu untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang mereka inginkan dan itu kemungkinan akan bertentangan dengan penetapan hak individu yang patut untuk mendapat satu maklumat yang penting untuk mereka. Selain itu, jika pihak berkuasa terlalu menyekat penggunan siber ini, pemikiran rakyat tidak akan berkembang dan mereka tidak akan tahu tentang isu semasa yang terjadi pada masa ini, mereka akan banyak ketinggalan dalam pelbagai isu semasa.
Pihak kerajaan ataupun pihak berkuasa perlu mengawal sistem siber ini dengan bijak, namun konsepnya di sini bukan untuk mengawal setiap pengguna dengan memberi kebebasan yang membuta tuli sahaja. Tetapi mereka harus memberi kebebasan secara terkawal dengan melalui perundangan. Maksudnya ialah mereka perlu memberikan kebebasan kepada pengguna hanya untuk mendapatkan maklumat yang penting dan memberi manfaat pada diri sendiri sahaja daripada sumber laman web atau apa sahaja dalam konsep siber.
Oleh kerana sekarang ini telah wujud pelbagai laman web yang banyak, ia haruslah dipantau dengan sebaik mungkin atau bagi mereka yang cuba untuk mengakses sesuatu laman web berkenaan haruslah juga mendidik diri sendiri dan mereka juga harus pandai mengawal diri mereka dari mengakses sesuatu laman web yang boleh memudaratkan pemikiran dan diri mereka. Pengguna harus mencari sesuatu maklumat yang memberikan mereka manfaat dari segi spiritual atau dari segi pembangunan kognitif atau sebagainya. Kognitif dari pandangan Encik Rosli adalah ia boleh dikaitkan dengan ilmu pengetahuan jika dari segi emosi dan kerohanian. Contohnya kita boleh mencari dan mengetahui sesuatu maklumat yang memberikan kita ilmu pengetahuan contohnya dari youtube disitu kita boleh mendengar muzik dan mencari maklumat tentang dunia semasa yang berlaku di dalam dan diluar Negara. Walaupun laman web telah banyak dibuka, kita perlulah membuka laman web yang hanya memberikan pengajaran kepada diri kita dan juga memberi kebijaksanaan kepada pengguna, dan itu dianggap tidak bersalah dari pandangan Encik Rosli.
Sebenarnya ada yang mengawal perjalanan maklumat di dunia siber ini, cuma apabila sesebuah pihak kerajaan telah membuat kawalan secara tidak lansung, ia telah mengongkong atau boleh dipanggil sebagai sifat diktaktor. Mungkin di Negara China mereka wajar dan boleh mengongkong dan menyekat masyarakat disana dalam segi penyebaran maklumat. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat dan perkembangan dunia terkini. Namun, di Malaysia kawalan yang sebegitu ketat seperti itu tidak boleh dilakukan.  Dalam hal ini tidak boleh jika kita hendak menyalahkan pada pihak berkuasa dan kerajaan sahaja jika masalah sosial ini timbul. Dari segi lain, individu juga perlu memainkan peranan terhadap diri sendiri. Mereka perlu mendidik diri sendiri dari mengakses laman web yang tidak berfaedah. Bagi mereka golongan yang muda, mereka haruslah dipantau oleh kedua ibubapa masing – masing. Dalam kontek Negara Malaysia ini, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mendidik anak – anak dari terjerumus kepada lembah sosial melalui dunia siber dan ibu bapa perlu mengajar anak – anak tentang kepentingan internet.
Pendapat yang boleh kita lihat tentang kesan baik dan buruk yang boleh di dapati dengan adanya dunia tanpa sempadan ini adalah apabila pihak berkuasa memberikan kebebasan terhadap kewujudan laman web, mereka yang menghasilkan laman web juga perlu bertanggungjawab diatas apa yang telah mereka hasilkan,contohnya mereka haruslah membangunkan laman web yang memberi manfaat kepada pengguna siber. Contohnya yang dapat dilihat pada masa sekarang adalah kepentingan laman web sosial, antaranya adalah facebook, twitter, yahoo massanger, email, blogger dan sebagainya yang boleh dijadikan sebagai pengantaraan negara kita dan negara luar.
Laman web sosial ini juga ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Jika dilihat dari sudut kebaikan, ia dapat memberikan seseorang individu mengembangkan lagi daya pemikiran mereka dari segi pergaulan dan ia juga boleh mengeratkan lagi hubungan antara negara Malaysia dan juga negara luar. Contohnya seseorang ahli keluarga yang berada berlainan tempat, ibubapanya di Malaysia, dan anaknya berada di luar Negara, maka, dengan ada laman web social ini, ia akan memberikan kemudahan yang amat pantas untuk mereka berhubung jika hendak dibandingkan dengan mengutus surat yang akan mengambil masa yang lama. Selain itu terdapat juga keburukan yang sering terjadi di masa sekarang, contohnya penipuan dari segi perhubungan.contohnya seperti cinta siber, sindiket penipuan jualan dan sebagainya. Jika perkara keburukan ini tidak dibendung maka, aktiviti penipuan ini akan menjadi besar dan amat membahayakan pengguna yang lain.
Dunia tanpa sempadan ini lebih kepada dunia dimana maklumat tersebar tanpa sekatan dalam ruang siber. Bila menbyebut ruang siber dari segi pedidikan. Ramai orang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan siber. Rangkaian siber adalah rangkaian yang tidak kelihatan atau dipanggil sebagai “Unsean network”. Rangkaian yang tidak kelihatan ini ia boleh dimanfaatkan bukan sahaja dengan mengharap penyebaran maklumat sahaja, bahkan ia boleh mendapat maklumat lain yang lebih lagi ,ini kerana ia di sokong oleh setelit. Rangkaian itu berada di sekeliling kita. Ia tidak nampak oleh sesiapa sahaja. Itulah kenapa di panggil sebagai dunia tanpa sempadan ia tiada sempadan yang tidak kelihatan.
Jika hendak dikatakan dunia tanpa sempadan ini juga perlu lihat ada terdapatnya kesan baik dan buruk. Kesan baik ialah apabila orang yang menyediakan kandungan bagi tujuan penyebaran maklumat mereka haruslah bertanggunjawab secara positif terhadap apa yang telah mereka lakukan, dan kesannya akan kelihatan baik, contohnya sesuatu maklumat yang berkaitan dengan pendidikan untuk sesuatu laman web atau pangkalan data. Dan pangkalan data itu diakses oleh orang ramai bagi tujuan pendidikan. Secara tidak lansung ia akan berikan kesan baik pada pengguna.
Tetapi ada juga beberapa pihak yang dianggap sebagai kumpulan perniaga atau kapitalis yang berniat jahat. Mereka ingin meraihkan keuntungan daripada maklumat yang telah mereka bangunkan sendiri dengan mewujudkan ciri-ciri yang dapat meransangkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkenaan. Contoh dikatakan seperti maklumat yang bersifat pronografi. Laman web itu telah dibangunkan dan setiap kali bila kita mengakses maklumat berkenaan, sebetulnya kita telah membuat membayar kepada pembekal diinternet itu. Dengan hanya mengklik laman web itu sahaja mereka akan memperolehi pulangan dari jumlah pengguna yang ramai berdasarkan tempoh masa yang digunakan  yang melayari laman web mereka. Mereka akan bina laman web itu dengan mengisi pelbagai kandungan yang dapat meransang keinginan pengguna. Keinginan pengguna selalunya  diransang dengan elemen yang erotik, elemen pronografi, elemen sensasi, elemen gossip dan sebagainya. Itu adalah salah satu elemen yang menarik perhatian pengguna untuk mengakses laman web mereka.
Terdapat perbezaan antara bahan – bahan media dan internet yang sedia ada amatlah nyata kerana internet adalah platform yang menyediakan pelbagai maklumat daripada berjuta – juta pengguna dari seluruh dunia. Internet membolehkan seseorang menyebarkan maklumat dan juga dapat berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu – ribu batu jauhnya. Jika dilihat melalui pandangan umum adakah internet ini memerlukan kawal selia.  Kawal selia ini perlu dilakukan secara berhemah dan bertanggungjawab. Orang yang mengawal selia ini perlu ada intergriti dan amanah untuk mengawal selia dunia siber ini. Dalam kelompok masyarakat, ada tiga kelompok utama. Kelompok yang pertama adalah orang yang mempunyai inovasi iaitu orang yang ingin berubah secara positif, kelompok yang kedua juga orang yang ingin berubah tapi ia memerlukan masa kerana ia mahu bukti dan mahu sesuatu ditunjukkan kepada dia. Kelompok yang ketiga adalah kelompok yang menentang apa sahaja elemen atau unsure yang dikaitkan dengan perubahan, pembaharuan atau inovasi. Kelompok ini tidak ramai, kadangkalanya dahulu disebut sebagai orang yang anti establishment. Contohnya yang paling mudah adalah dalam perkembangan politik semasa, sebuah kerajaan mungkin mendapat sokongan dari media, 2/3 memberi sokongan dan 1/3 tidak memberi sokongan. Pihak kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang bijak dan positif untuk tidak menapis dunia siber. Ini kerana adanya prinsip yang berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat itu hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan teknologi kamunikasi yang canggih ini.
            Internet juga ada kesan buruk yang membawa bahaya kepada masyarakat pengguna atau individu. Kesemua yang berkaitan dengan siber ini ada juga keburukkan sehingga menjejaskan seseorang. Ini kerana operasi input, pemprosesan data, operasi output, dan juga komunikasi data ini telah disalahgunakan oleh segelintir pihak yang menggunakan untuk dasar keuntungan diri sendiri sehingga memberikan kesan buruk kepada pengguna lain. Antara kesan jenayah yang sering berlaku melalui dunia siber ini adalah penipuan, kecurian maklumat, capaian tidak sah keatas sistem, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya,pornografi,penggodaman atau di panggil hacker dan juga penyebaran virus.
            Dengan adanya kemudahan siber yang semakin maju ini ia juga dapat memberikan kesan sosial yang buruk terhadap golongan remaja dan kanak – kanak, ia sedikit sebanyak telah memberi kesan buruk kepada mereka. Jika pengguna muda itu dibimbing atau dipantau oleh orang yang lebih tua adalah bagus contoh yang paling mudah,. Jika sesebuah rumah itu mempunyai capaian internet seperti wifi, apa yang perlu dilakukan, anak-anak yang muda ini kita tidak boleh membiarkan mereka bersendirian di dalam bilik yang tidak dilihat oleh ahli keluarga yang lain. Ini kerana jika mereka duduk sendirian di dalam bilik yang tidak dilihat,m secara tidak lansung disitu mereka tidak di kawal, dan bila tidak di kawal, kadang – kadang mereka akan terfikir untuk membuka laman web yang tidak sepatutnya dibuka oleh mereka. Dan secara tidak lansung mereka akan lebih terdedah kepada unsur – unsur erotik, lucah dan apa sahaja unsur yang negatif. Jika dilihat dalam kebanyakkan laman web, memang ada unsur yang mengandungi erotik. Seharusnya struktur kemudahan internet itu diletakkan di dalam rumah haruslah mudah dilihat oleh ahli keluarga dan diletakkan di kawasan ruangtamu. Ini adalah kawalan secara fizikal.
            Bolehkah kita bertolak ansur dengan jenayah siber yang boleh membawa ancaman kepada masyarakat dan tamadun? Bila dikaitkan dengan jenayah siber, Encik Rosli telah mengambil dua contoh yang mudah, contohnya perjudian melalui siber. Bila menyebut istilah perjudian ini, apa yang berlaku kebanyakkan dalam kontek negara malaysia, perjudian siber ini telah dirancang. Ada pihak tertentu yang menyediakan kemudahan siber hanya bertujuan dengan perjudian, dan mereka telah melaksanakan aktiviti ini telah dirancang dengan begitu rapi. Contohnya jika premis dimana aktiviti itu dijalankan, ia dibuat di dalam kawasan yang eksklusif seperti di kondominium mewah, pastinya pengguna dan pelanggan mereka daripada golongan yang berada, jadi tempat itu tidak akan dilewati oleh orang biasa ataupun pihak berkuasa. Kebanyakan mereka menganggap, tempat begitu tidak menimbulkan sebarang masalah kepada orang ramai. Ini adalah perjudian yang melibatkan taruhan yang banyak dan telah di rancang rapi. Bagi golongan biasa pula, mereka akan menyediakan bentuk permainan biasa yang disukai oleh kanak – kanak, contohnya di cyber cafe.  Di dalam cyber cafe itu, kemudahan yang disediakan bagi tujuan kebenaran operasi dinyatakan secara jelas, tetapi maklumat yang berkaitan dengan perjudian itu mereka tidak dinyatakan. Dengan itu amat sukar untuk pihak berkuasa mengetahui bahawa cyber cafe itu mengadakan elemen jenayah ataupun tidak.
            Perkara yang ingin dikaitkan oleh encik rosli yang kedua adalah kadang kala wujud pembekal yang menyediakan kemudahan khususnya cyber cafe ini mereka telah menyediakan bahan – bahan yang bersifat lucah, ini adalah sesuatu yang amat malang. Bila tidak ada kawalan atau pemantauan yang baik secara tidak lansung anak – anak muda dan kanak - kanak akan bebas keluar masuk ke cyber cafe tanpa kawalan dan ia terdedah dengan elemen yang boleh mewujudkan elemen jenayah. Selain itu sikap ibu bapa juga yang tidak mengambil endah tentang jenayah siber ini, contohnya ibu bapa tersebut itu mahu pergi ke satu tempat yang tidak boleh di bawa anak – anak mereka, dan mereka telah meninggalkan anak mereka di cyber cafe. Perkara ini sering berlaku di kalangan masyarakat masa kini. Dengan meninggalkan anak – anak kecil dicyber cafe amatlah perkara yang tidak digalakkan,ini kerana ia akan mengajar anak –anak kecil kepada sesuatu perkara yang tidak baik untuk mereka, contohnya apabila mereka tidak dipantau,mereka akan membuka permainan yang ganas, contohnya mereka membuka game online seperti kereta lumba, di situ ,mereka akan cuba bermain dengan melanggar kereta lain. Dari situ ia akan menanamkan sikap supaya untuk melakukan keganasan. Dari segi phycologi ia akan menanamkan sifat buruk kedalam dirinya. 
            Ia amat berkait rapat dengan unsur tamadun. Jika hendak dikaitkan tamadun dengan masyarakat, seperti yang kita lihat, pada masa dahulu, anak –anak akan berhubung dengan ibu bapa mereka hanya melalui surat dan pesanan dengan melalui bahasa yang amat sopan, tetapi sekarang ini disebabkan mereka merasa diri mereka sudah terlalu moden mengikut peredaran zaman, mereka telah berhubung hanya melalui telefon dengan menggunakan bahasa SMS yang sering digunakan oleh masyarakat sekarang. Dan jika perkara ini berlaku, ia akan merosakkan bahasa Melayu kita. Ini kerana struktur perkataan segala – galanya telah diubah. Perkataan yang begitu sopan telah diubah kepada simbol, dan simbol itu kadangkalanya sukar untuk ditafsirkan. Ini sedikit sebanyak akan merosakkan masyarakat. Sama juga dengan tamadun jika dilihat dari segi pergaulan dan ia sedikit sebanyak menjejaskan masyarakat, pada masa dahulu lelaki dan wanita hormat antara satu sama lain dan lelaki dan wanita tidak boleh bersentuhan.  Pada masa sekarang ini pula sudah terlalu bebas, dan kebanyakkan mereka mengikuti cara – cara barat dan mereka bebas bersentuhan antara satu sama lain. Ia memang memberi ancaman kepada masyarakat dari segi budaya dan pergaulan.
            Adakah penjenayah ini sukar di bendung di negara ini? Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana mereka adalah amat sukar untuk kita kenal pasti mereka. Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Kemungkinan mereka dari golongan atasan ataupun bawahan, atau mungkin mereka adalah orang yang paling berhampiran dengan diri kita. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya. Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang yang di rangka untuk membendungnya tidak akan bermakna. Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam lingkungan 20 an.
            Soalannya dari mana remaja atau mereka yang gemar menceroboh mempelajari ilmu ini. Mereka ini sebenarnya mahir tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus untuk menceroboh tetapi dengan mempelajari ilmu komputer secara tidak lansung. Mereka boleh mencuba untuk menceroboh sistem atau cuba mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT berkembang semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan.
 
                                                               _ hasil kajian yg dibuat dalam assignment Dhia dan teman2 _
                                                                   (Hak Cipta Terpelihara Persendirian)
 
 

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
 

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
 
 
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan.

Salam Pertautan :)

Dhia menulis bkn tujuan utk mcri kwn dsini.
dhia mnulis adalh krna utk melahirkn ilham2 yg tsembul dri kpala neh..
mana tau satu hri tme wat asgmt dhia blh check again haha..
tp kalo ada yg tlihat or terbc dblog ni.
kalo nk kmen or anythng jst go on.but only komen yg mbrnsagkn.
bkn utk mjthkn manusia2 lain..its rght??
bukannya best nak jatuh2kan orang ni.. aku pon ade jgk sifat dengki tu mustahillah setiap manusia tak ada rasa yg sama kan. tp tak perlu kot sampai nak jatuhkan orang lain.. kita biarlah dgn hidup kita.. orang lain biarlah dia bahagiadgn cara yg lain.. kat sini banyak benda kita boleh berkongsi selain dripada bergaduh. ahah.. macam bdk2.. tolonglah.


renungan kehidupan

perjalanan sebuah kehidupan bukan semuanya indah..
ada duka.. ada suka.. ada bahagia.. ada derita..
segala - galanya bercampur baur dengan perjalanan cerita kehidupan masing - masing..
lihat ke kiri terpandang kesusahan si ibu membesarkan anak - anak..
lihat ke kanan terpandang kepayahan si bapa mencari rezeki utk anak dan isteri yg setia menanti..
ya masih ku ingt lagi pesanan mak..
"adk.. kalau nak cari suami, carilah seseorang yg dapat memberikan kebahagiaanmu di dunia dan akhirat.."
kdg2 kita alpa dgn tujuan kita di dunia..
aku juga seringkali terlena sehingga tk sedar masa berlalu dgn pantas...
jika di beri kesempatan..
ingin aku putarkan kembali pada masa dahulu..
mencari kebahagiaan dlm kehidupan bknlah sesuatu yg mudah tanpa usaha..