Wednesday, July 31, 2013

nasib seekor burung pipit

seekor burung terbang berkicauan mencari hala tuju yg diimpikannya sendiri..
mencari sahabat,
mencari erti kehidupan..
namun setelah bebas terbang di angkasa..
datang seekor gagak hitam yg entah mana munculnya
menyambar sayap seekor burung pipit dan telah menggelapkan kehidupannya sehingga menjadi sempit,
padat,
tiada ruang untuk mengibarkan sayapnya..
lalu burung pipit itu dimasukkan ke dalam sangkar..
kasihan burung pipit itu..
tiada kebebasan hanya disebabkan oleh seekor burung gagak hitam yg busuk hatinya..
seringkali si burung pipit sendirian di dalam sangkar..
memerhati dan hanya mampu melihat sahabatnya berterbangan..
hati si burung pipit sering memberontak..
ingin keluar,
namun dihalang oleh sangkar besi yg terlalu kuat cengkamannya..
hidupnya terkongkong..
tiada kebebasan..
tiada keceriaan..
memang itu nasibnya..
disimpan di dalam sangkar,
ingin terbang namun dihalang..
hidupnya hanya di dalam sangkar..
memang ia baik untuk kesihatan si burung pipit agar tiada berlaku kesilapan..
namun wajarkah mengurung si burung pipit sedangkan hatinya memberontak untuk mencari kebahagiaan dlm hidupnya seperti sahabatnya yg lain?
kadangkala si burung pipit ingin mencari jalan pintas.
namun oleh kerana kasihnya terhadap penjaganya..
 ia tetap disitu walaupun hatinya terseksa.

Sunday, July 28, 2013

ya allah kau,sembuhkan,abah ︶︿︶

salam kepiluan buat semua..
saat hati mula melihat keadaannya semakin kurus dan hanya dibaluti dengan kulit kulit yg semakin mengendur..
terasa kepiluan dan kesedihan yg menggigit tangkai naluriku yg semakin lama semakin rapuh..
matanya merenung sayu kearah anak2nya yg pulang utk memberikannya sedikit senyuman yg semakin lama semakin hambar..
tiada senyum tawa,
tiada petah bicara,
tiada perdebatan kata,
tiada juga suara jerit teriakmu memarahi anak2 yg tidak,mendengar kata..
dimana semua itu abah? katakan dimanakah semua itu yg aku rindu utk mendengarinya semula..
sepanjang 3 hari bercuti dn disitu aku mengambil peluang utk menatap mukanya yg semakin pudar serinya..mengapa abah?
ku picit bahunya
ku urut2 seluruh tubuhnya
yg dimana selama 21 tahun,aku tidak pernah mengurutnya.
dikesempatan ini aku mengambil langkah, kasihan..sedih..terasa hilangnya seri diwajah abah..
apabila ditnya.. dijawabnya sihat2 belaka..
hakikatnya abah tak sihat..jgn tipu anak2 mu abah..kami tahu abah tak sihat sepeti selalu..
senja hening tadi anak anak mu pulang ke kuala lumpur..aku melihat lambaian halus dari tanganmu
senyuman manis mekar di bibirmu..
dibenakku bermain..adakah sudah sihat abah atau sekadar ingin melihatkami pulang dengan keadaan yg senang?
apabila malam menjelang sampai sebuah sms mengatakan abahku di bawa ke hospital..
terhenti seketika jantung..
apakah ini petanda buruk atau sebaliknya..
kata anak sulungnya..badan abah mula di cucuk dgn wayar yg aku sendiri tidak tahu apa fungsinya..
ah sudah..apakah kau ingin mengambil abahku kembali wahai allah??
tolonglah ya allah.. pinjamkan abahku lagi kepada aku dan anakanaknya yg lain..
kerana aku masih belum bersedia utk menghadapi semua itu.. ya allah ya tuhanku..kau panjangkanlah umur abahku.. kau berikanlah kesihatan semula kepada abahku..
kau berikanlah kami semua menjaganya..
kau rapatkannya kembali kepada kami.. ya allah.. aku tahu aku seorang yg alpa dan lalai utk menghadapmu..
tetapi kau perkenankanlah doaku..
ya allah ya rasul ya karim..kau panjangkan umur abahku yg kini sedang berada dihospital.. kau berikanlah peluang untuknya menghirup udara duniamu yg segar ini..kau berikanlah kesejahteraan kesihatan yg sempurna kepada abah dan emak....ya allah kau terimalah doa hambamu yg hina ini..jika aku mampu utk menganti tempat abah..aku rela tukarkan diriku sebagai ganti..biarlah aku lihat emak gembira disamping abah..dan biarlah aku terus melihat senyuman manis abah..
abah cepat sembuh..semoga cepat sembuh abah... ketahuilah aku dan anakanakmu yg lain terlalu amat menyayangi mudan emak walaupun kami masing2 tidK menunjukkannya dihadapan kalian berdua..tapi dalam,diam kami memanjatkan syukur kerana kau berdua melahirkan kami dgn tanpa cacat celanya sifat kami....

Wednesday, July 24, 2013

ya allah kau lindungila mereka yg aku syg...

Helo..dah brapa hari aku xupdate blog ni.busy dgn kmas rumah..n now aku dah pndh ke rumah kak aku.emm..rindu kt mr.z.. nak keluar pn dah xblh slalu sbab jauh..mr z pn dah xblh nk dtg kt aku kerap sperti selalu..sedihnya.tp aku harap dgn benda ni semua xmenjarakan hbgn aku dgn mr z..

Kpala aku jgk risau sbb ayah aku da xbrapa sht.ya allah..kau berikanla kshtan yg ckp kpda kdua ibu bpaku..kau shtkn ayahku yg sedang xbrapa nk sht ni..ak tkt kalau ada sesuatu yg bruk tjadi pdnya..ya allah lindungilah Mreka semua..amin...

Pd mr z..aku hrap kau sntsa akn ada dkt dsisiku xkra wlau pa yg blaku..ya allah kau lindungi jgk mr z n ahli keluarganya jgk..amin....

Monday, July 22, 2013

coretan mrs Z untuk mr Z

Selamat pg mr z...moga tidurmu dlm keadaan yg nyenyak.. tak pernah skali dri ini brtemu dgn seorg lelaki yg seperti kau..kau brbeza dgn lelaki lain..ya..dlu kau adalah seorag manusia yg alpa yg hnya bergmbira dgn kehidupan duniawi..begitu juga ak yg terlalu alpa utk mengejar impian yg mungkin tidak pernah sekali untuk di gapai..kelakar!! Dunia mr z dgn dunia ak sblum ini amat bebeza..namun mgkin kerana itu juga aku dgn mr z ditemukan..mgkin utk ingat memgingati antara satu sama lain dgn apa yg telah blku.. dan sekarang kmi bdua dlm satu arah yg sama iaitu arah yg dmana akn membwa kami ke jaln yg bhagia..

 Terima ksh ya allah kau temukn ak dgn mr z yg sekarang.. dgn sifat yg penyayang mbuatkn ak tkt utk khlgan dia.,ya mgkn...kalau kau org nk tau.mr z ak ni comel sgat pwatakn dia.. kelakar. N suet..


Disaat mata mula ingin terpejam..
Terngiang ngiang segala kenangan indah kita bersma..
Dimana ak sering melihat kau ketawa dn tersenyum ceria
Walaupn aku tahu kau mempunyai seribu masalah..
Namun kau msih mmpu utk tersenyum memandangku..
Aku tahu kau sdg menipu dirimu semata ingin melhat ak tersenyum senang..
Berat mata memandang berat lg bhu memikulnya..
Maafkn aku andainya dirimu merasa aku sbagai pnyebab kau berbuat demikian..
Aku cuba utk meringankn bebanmu.
.tp aku xmampu..Kau terlalu bnyk bsabar wlaupn aku sering mguji tahap kesbaran mu..
Ketahuilah aku amat memerlukn kau disisiku..
biar pn kau xtahu atau tidak sedar apa yg aku lakukn semuanya adalah kerana kau..tidak mengapa..cukupla sekadar kau menghargai aku disisimu..

sifat mr z saya

sifat2 yg ada pd mr z aku... sgt sweet n tht y i love him damn too much!!

1 Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. (walaupun dia pnt dia still dtg jmpa ak..oh my syg!)

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. (Kdg2 je p..dia lbh byk mdgr dr ckp ak yg trover bckp..tp xpe kalo bkn ak yg bckp sape lg kn)

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. (Ya ya ya!!!dia byk bleter kt ak..haha tp xpe senang dgr bla dia mcmtu dr dia snyp!)

4. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. (yg ni smua org pn tkt.ak pn lg bgnda tkt weh..)

5. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya. (Haha...yg ni dia mmg sgt2!! Mmg kta tgk dia bt xtau je.tp sbnrnya dia phti je apa yg ak buat..klakar mr z ak ni cmel sgt2. Yg ni mmgla..ak pn xsk mr z ak ni rapat dgn pmpn len gila kau! Pntag ak pmpn len gdk2 dgn mr z ak..dia tau la cmbru ak ni mcm na.)

6. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

7. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain. (dgn sifat dia ni la yg wat ak mkin syg kt mr z  n sntsa rndukn dia..org kta angau! Haha..)

8. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

9. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

10. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

11. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya...-yg ni btl..dia adalah sorang lelaki yg amt perisau! Tp ak ska..hehe

12. Dia sangat penyayang.. walaupun dia,marahkan aku dia,ttp sabar n cool man..

13. Mr z aku. Ni. Ada. Penyakit yang kuat membebel tapi dia bebel comel sangat jejer.. aku suka bila dengar dia berleterkan..

Itu adalah sebab kenapa aku sayangkan mr. Z..

Friday, July 19, 2013

selamat pg mr z.. ㄟ(≧◇≦)ㄏ

disaat mata mula terpejam angin bayu meniup helaian2 rambut..
Rambut ikal mayang mula menari2 di dahi yg menambahkn lg suasana pg yg hening..
Debu2 kota mula meninggi meninggalkn hama hama yg bertrbangan menjelajahi dunia..
Anak2 muda mula bergelimpangan..

Haish!!!! Apa yg ak merepek neh??arghh maap2..xda idea time ni.otak beku jap.nanti2 smbuglah.

Tb2 menyengat plak rasa rndu kt mr z...emm, rndu jgk pd mk dn ayhku di rmah..bila agknya aku nk blik buka puasa dgn diorag...emm mak abah tgu tau tgk la kalo xda aral melintag mcm taufan adk blik kg eh.kita pg cri bju raya sesama tau.. mr z..kalo awk nk tau sy syg awk mcm sy syg mk ayh sy..cma syg pd mk dn ayh sy lbh byk skt dr sy syg kt mr z..so kt sni mr z jgn rsau k.xda sape yg blh ambil kdudukan mr z dlm hti sy..mgkin sy lbh byk bcrita tntg mr z kt sni kn..nk buat mcm mana..hnya dia sorg yg sy ada..jd dia sjala yg sy slalu crita..

alahai Mr.z!!!

Ckp slh xckp slh..mr z ni mcm xda mood k mlyan ak hmm..skt ati pn ada jgk bab bsmbg mcm dgn krusi kn.bgtau bnda btl pn dia xnk lyn.mgkin mr z ni pkr aku ni jns pmpn yg ska mlyn lelaki kot.xpela dia xphm ak n dia stil xknl ak..dia xtau ak ni bkn jns mcmtu..mmg ak ni mudah tsenyum kt pd smua org.tp xberti ak nk mgatal..haish cmburunya mr z ak ni tp xmgapa ak sng dgn skp cmbr dia tu..itu bmkna dia sygkn ak kan kan kan???klau xsyg xknla nk cmbru mcmtu.haha u ar so sweet like candy crunch!!

Utk phatian mr z ak yg tcinta..jgnla mr z ragu dgn apa yg ak buat tuk mr z..pcyala..ak bkn pmpn yg sma mcm mana dgn pmpn2 yg kau pnh knl sblm ni..kau xknl ak so jgn nilai atau smakn ak dgn pmpn yg pnh kau knal..ak xska bla mr z bandgkn ak dgn pmpn yg  prnh dia knl dulu..

Dahla mls nk ckp lg bialah mr z sdri tau..klo ak ckp pn dia bkn pcya..so pd kengkorang trust ur partner..n mke he/she happy..

Thursday, July 18, 2013

Harapan dan Impian

kalau orang Tanya aQ kenapa aQ sayangkan dia apa jawapan aQ?
- sebab aQ terlalu sygkan dia.
kalau org tnya aQ kenapa aQ cintakan dia?
- sebab Allah turunkan dia kepada aQ untuk belajar mencintai dan menghargai si dia..
kalau org Tnya kenapa aQ pilih si dia berbanding dengan lelaki lain?
- sebab hati aQ hnya mampu menyayangi seorang dan hanya dia yg menyerlah dihadapan mataku.

Jom menggamit kenangan lalu.. :)
aQ bknlah seorg budak yg degil. tapi aq adalah seorag bdk yg nakal.. biasalah time tu umur baru hingusan dah mula pandai nak memberontak. aq seorang yg kuat menangis bak org Indonesia kata kok kamu ini cengeng bangat sih.. ngada amat kamu!.. ohoo.. mane lah aq nk tau. dri kecil sampai sekarang sama saja. luar Nampak kasar tapi dlm jiwa putik kapas pun kalah.. pantang disentuh sikit pasti ada air sungai yg membanjiri tebing - tebing mata. amboi!! ahah..

apa pandangan korang dgn cinta monyet? ahah!!
bgi aku cinta monyet ni hmm.. buang masa. bkn nak kata tak bagus tp yelah masa umur mningkat remaja rasa ingin disayangi n menyayangi.. tp tu semua karut je. dan sekrang bla umr da dwasa nak fikir bermain cnta or psg skandle ni hai.. maaflah. aq tak brapa nk brminat sgt. bkn ak tak da prasaan.. tp kalo da ada sorg yg kita syg dlm hati tu biarlah kita jaga dia sorg saja. tak perlulah nak berskandle or anything else.. mgkin agk menyusahkan korang.. yelah nak sorok itu lah nak sorok ini lah dri awek2 or bf2 korang.. org kata tkut kantoi. (aku pun penah je dulu) haha tp skrg tak da. da tak pkr smua tu. skrg apa yg aku nk fikir ialah my future.. aq nak satu kehidupan yg bahagia dn mewah. sape yg tak mau mewah.. mewah tu bknlah dri segala harta benda yg melampau2. bg aku mewah itu cukuplah dengan apa yg terdaya. di mana aku dpt balas semua jasa mak ayah aq..

impian?
jangan dickp.. terlalu banyak impian dan harapan aq..ape? nak tau eh?
1) aku nak hantar mak n ayh aq ke Tanah suci mekah (insyaallah kalau ada rezeki)
2) aku nak bawa mak ayah dan adk aku bercuti ke luar Negara.. (tengok bajet)
3) aku nak buat satu rumah khas untuk perlindungan kucing2 gelendangan (kesian kucing2 yg terbiar tu.. sedih aku tgk)
4) aku nak persiapkan diri aku dengan brg2 peribadi aku (cth: kereta, rumah n dll)
5) semestinya aku nak kahwin dgn mr Z aku.. Mr. Z tunggu aku yeah.. (longgok duit dulu)

harapan?
aku harap sangat apa yg aku impikan tu tercapai.. sebab aku tak mau kecundang di masa hadapan. kpd Mr Z.. aku harap kau sntiasa tunggu aku.. dan ak akan tunggu kau propose aku pada satu masa nanti.. mungkin bkn sekarang.. mybe one day.. I will be waiting u.. angan2 nak Mr Z propose aku dlm satu situasi yg indah (hak tuih) hahah.. kelakar. dah macam drama tv.. tapi tu lah impian setiap gadis kan? :)


Wednesday, July 17, 2013

hati sehalus kapas

sukar untuk melepaskan dia pergi.. bukan ke mana pon. balik rumah je. tapi berat hati nak lepaskan dia balik. sedih..  macam - macam bercampur. menangis macam budak kecil yg inginkan ice cream.. tu baru dia nak balik dah macam tu. kalau dia tak ada dlm hdup ni mcm mana pulak jadinya mungkin lagi teruk dari tu. entahlah. sedih bukan buat - buat. mana ada manusia menangis tanpa sebab. orang gila pon nangis ada sebab. maaf.. mungkin kadang kadang dhia tak faham dia.. tapi dia pon tak paham apa yg dhia nak kan. mudah - mudahan kami menjadi pasangan yg serasi amin..

Semanis Impian Pelangi

(hasil editing cover picture : Zhardhianad)
Epilog :
Hidup ini bagaikan roda,kadang - kadang  kita di atas kadang – kadang  kita di bawah, tetapi  semua itu sudah menjadi lumrah kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini.  Hidup perlu diteruskan walaupun sebesar mana kita di uji dengan pelbagai rintangan
oleh - Nya. Persahabatan ini banyak memberi kita pengajaran untuk di pelajari oleh setiap insan yang bernama manusia, tidak mengira samada berkulit putih,  berkulit  hitam, Melayu, Cina mahupun India
                                                            *****
Aku  terjaga  daripada tidurku  yang  lena  sekali  bila  dikejutkan  oleh  bunyi  jam  yang  memekak  diawal  pagi.  Aku  terus  menuju  ke  tandas  dengan  perasaan  yang  amat  malas  sekali.  Tetapi  bila   diingatkan  hari  ini  adalah  hari  pertamaku  untuk  menjejakkan  kaki  ke  Universiti  aku  mula  bersemangat  semula, berjalan  dengan  dada  yang  mengembang, al – maklumlah  orang  baru  hendak  membuka  langkah. Apa?  Korang   ingat  senang  ke  aku  nak  masuk  ke  Universiti?  Untunglah  aku ni  dapat SPM  yang  agak  sedikit  baik  dari sesetengah  orang  yang  tidak  bernasib  baik  seperti  aku.
“ Qisya...  cepat  siap, dah  pukul  berapa ni. Nanti  kamu  lewat  untuk  daftar. Cepat ya,  mama  dan  papa  tunggu  kamu  di kereta.”  Jerit  Puan  Aziemah  ibu  kepada  Nurien Aqisya,satu  nama yang  amat  unik  yang  telah  diberikan  oleh  ibu  bapaku.
 “ Orite  mama...  Tunggu  sekejap  ya, five  minutes  only.”  Aku  menjawab.  Dengan  pantas  aku  berdandan.
Jantung aku  mula  berdebar  - debar  apabila  kereta  milik  papaku  mula  masuk  ke  dalam  perkarangan  Universiti  Malaya  ini.  Pelbagai  perasaan  timbul  apabila  aku  mula  memikirkan  soal  “kawan”. Ya...  kawan  baru,  bagaimanakah  nanti  kawan  baru itu?  Adakah  dia  seperti  kawan  -  kawanku  yang  dulu?  Ramah?  Periang?? Ataupun  sombong?? 
 
“ Qisya...  kenapa  ni?  Muram  sahaja  mama  tengok  dari  tadi?  Qisya  tak  suka  ya  datang  belajar  di sini?”  Ibuku  seakan  mengerti  perasaan aku. Papa  hanya  memandang  wajahku  yang  muram. Aku  berpaling  melihat  cermin  kereta. Sah!!  Memang  muka  aku  macam  ayam  berak  kapur  patutlah  mama  tegur  aku  macam tu.
“ Bukan  Qisya  tak  suka  mama... Tapi...-”
“ Qisya  takut ya  bila  fikirkan  soal  kawan? ”  lantas  percakapanku dipotong  dan  di sambung  oleh  Encik  Aizat  bapa  kepada Nurien  Aqisya. Aku  hanya  menunduk  dan  mengeluh  sahaja. Puan  Aziemah  hanya  menggelengkan  kepala sahaja  melihat  gelagat  anaknya  seorang  ini,  degil  dan  tidak  mudah  didekati  oleh  sesiapa, pantas  sahaja  dia  takut  untuk  masuk  ke  sini  kerana  takut  tiada  kawan.
   Qisya  tak  perlu  takut,  mereka  semua  ini  bakal  akan  menjadi  teman  -  teman  Qisya. Pada  mula  sahaja  Qisya  tiada  kawan. Nanti  bila  sudah  mula  ada  kawan,  rumah  kita  pun  Qisya  tak  mahu  balik.”  Bapaku  mula  berseloroh,  hati aku  sedikit  terubat  dari  ketakutan  bila  mendengar  kata – kata  papaku. Ya… biarlah  apa  yang  jadi  aku  tetap  Qisya  yang  kuat  hadapi  pelbagai  dugaan. Aku  janji.
 Sesi  orientasi  untuk  hari  pertama  ini  aku  merasakan  agak  muram  sekali  kerana  aku  mula  terasa  diriku  agak  lemah  untuk  berhadapan  dengan  senior    senior  dan  kawan  -  kawan  baru aku,  kebanyakan  kawan  -  kawan  aku  yang baru  ini kelihatan  seperti  anak  orang  berada  barangkalinya.  Aku  melihat  dari  segi  pakaian mereka yang  berjenama dan  macam  -  macam  lagi  yang  membuatkan  aku  takut  untuk  mendekati  mereka..  Emm  tak  mengapalah begitu.  Hari  pertama  mungkin  memang  agak  janggal  untuk  aku  menyesuaikan  diri  dalam  suasana  yang  baru  kerana  perasaan  aku  sedang  mengalami sedikit  masalah  iaitu  “ takut ”.
Aku  telah   berjumpa  dengan  pelbagai  ragam  teman  seangkatanku. Bukan  sebarangan  ragam tau. Melihat  kerenah  kawan  -  kawanku,  mereka  juga  tidak  kurang  seperti  diriku,  maklumlah  apabila  sudah  menjejakkan  kaki  ke  Universiti  ini,  bukan  seperti  disekolah  menengah.  Masing  - masing  ingin  mengambil  perhatian  jejaka  dan  jelitawan  Universiti  ini. Itulah  budak  -  budak  sekarang.  Bukan  ilmu  yang  dicari  tetapi  sebaliknya  pula. Tetapi  lain  pula  bagiku.  Aku  datang  hanya  mencari  ilmu  supaya  bila  aku  keluar  dari  dunia  pelajaran,  aku  telah  menjadi  seorang  yang  berjaya.
****
 “GEDEBUK!” Satu hentakan kuat tepat mengenai muka Qisya.
“Adeh! Woi, sengal! Sakit tau tak?”  Sakit hatinya melihat sengihan pada wajah teman sebiliknya itu mengatasi sakit yang dirasakan pada mukanya apabila sebiji bantal melayang tepat ke wajahnya sebentar tadi.
“Kau apahal? Dah lah hentak muka aku dengan bantal.Dah tu pula tersengih-sengih”
Sengihan pada wajah Suriani serta merta mati. “Kau tanya aku apahal? Aku yang patut tanya kau tau tak? Dah dekat setengah jam aku kat sini, ada kau sedar?”  Sudah hampir setengah jam dia di situ.Tetapi, kehadirannya langsung tidak disedari rakan sebiliknya itu. Pelik! Tak pernah rakannya itu seperti itu. Alih-alih, dia pulak yang dimarahnya. Pelik! Pelik!
 “Hehe... Ye ke? Sorrylah. Aku tak perasan tadi” Sekarang giliran aku pula yang tersengih.
“Kau dah makan? Kat atas meja tu, ada nasi goreng yang kau pesan tadi tu.” Aku bertanya kepada temanku itu, sekadar untuk menutup kesalahan diri..

“Dah. Nasi dalam perut aku ni dah habis hadam dah pun. Kau tu je yang tak sedar. Apa yang kau termenung panjang tadi tu? Kau ada masalah ke?” Tanya Suriani prihatin pada rakan yang amat disayanginya itu. Mereka sudah lama kenal. Sejak dari tahun pertama semester lagi. Dan kini, mereka tinggal pula serumah di bandaraya ini apabila mereka yang kini berada di tahun akhir mereka terpaksa mencari rumah sewa sendiri kerana mereka sudah tidak lagi menyewa di asrama,kerana asrama hanya untuk pelajar tahun satu sahaja.

“Tak ada apalah. Erm, aku nak tanya kau satu soalan boleh? Tapi, kau kena jawab jujur dengan aku. Boleh tak?” aku bertanya kepada Suriani yang sedang leka membelek keratan akhbar yang dibelinya itu sambil kepalanya menggeleng melihat akhbar itu.
 “Erm. Apa dia?” Suriani mula memberikan tumpuan pada soalan yang bakal dikeluarkan oleh aku. ‘Macam serius je gayanya budak ni’
“Erm... Tapi kau janji dulu, kau akan cakap jujur dengan aku.” Setelah melihat anggukan Suriani, aku meneruskan kata-kataku. “Aku nak tanya kau ni, aku ni cantik sangat ke?” Selesai saja aku mengeluarkan soalan itu, sebiji lagi bantal melayang tepat mengenai mukaku. “Woi, kau ni kan, aku bedal dengan kayu hoki baru tau. Sakit lah!”

“Sebelum kau bedal aku, kau yang kena hentak dulu dengan penyedut tandas kat bilik air  tu. Nak?” Suriani berkata sambil membulatkan matanya yang sememangnya bulat itu. Naik gerun pula aku melihatnya. “Kau tau tak, ni dah masuk kali ke 118 kau tanya soalan yang sama kat aku tau tak?” Suriani geram apabila soalan yang sama yang sering ditanya oleh sahabatnya itu. ‘Ingatkan ada soalan penting apa tadi. Buat suspen sahaja lah dia ni. Sengal!’
“Hehe.. Aku ni bukannya apa, tapi, aku rasa pelik kau tau tak? Kenapa tak pernah ada sorang lelaki pun yang tertarik dengan aku? Apa, tak cukup cantik ke aku ni?” aku berkata dengan muka kecewanya yang sengaja dibuat-buat. Suriani yang mendengar, terkesima. “Ya Allah, ada jugak manusia macam ni kat dunia ni”. Akhirnya, rumah yang tadinya sunyi, riuh dengan gelak tawa mereka berdua.
“ Sudah lah kau ni Qisya... menyampah pula aku dengan kau. Baik aku mandi lagi bagus dari layan kau. Duduk lah kau sorang – sorang sembang dengan bantal tu. Itu pun kalau dia bergerak.” Sengih Suriani. Qisya mencebik dan tersenyum melihat langkah temannya hilang di sebalik tirai. Hmmm... Aku sangkakan disini aku tak dapat seorang kawan yang sengal macam ini, rupanya ada juga untunglah badan.Tapi alhamdulillah kerana Allah temukan aku dengan seorang teman yang begitu memahami dan begitu baik sekali terhadap aku. Dari awal tahun pertama dialah yang selalu kehulu dan kehilir bersama aku sehinggakan ramai teman – teman di Universiti ini menggelar kami kembar siam yang tidak boleh di pisahkan. Jam sudah menunjukkan pukul empat setengah petang.
‘Asstarghfirllahallazim.. macam manalah aku ni boleh tak sedar yang solat Asar sudah masuk. Ini punca si Suriani lah ni.’  Qisya menepuk dahinya dan terus bangun meluru ke singki untuk mengambil air sembahyang dan menunaikan suruhan-Nya. Dengan tenang dan sabar dia menadahkan tangannya menghadap illahi..
‘Ya allah Ya Tuhanku..ampunkanlah dosa – dosa kedua ibu bapaku, dosa – dosaku dan juga umat islam Ya Allah... Aku terlalu banyak membuat salah Ya Allah.. Kau maha Esa, lindungilah orang – orang yang aku sayangi dari segala bencana yang hebat. Kau limpahkan lah rezeki kepada mereka dan juga rezeki ku. Aku berharap hanya padamu sahaja…Amin.’  Aku menyapukan kedua – dua tapak tanganku ke muka tanda berakhirnya solat asar.
“ Truttttttttttt!!!” Talifon bimbit kepunyaanku berbunyi. Dilihatnya di skrin bibirku tersenyum penuh bermakna. Mama yang talifon. Mama yang aku rindu sangat,sudah lama aku tidak pulang mungkin sudah dua bulan. Bukan tidak mahu pulang tetapi kerja kerja assignment di tahun – tahun akhir ini terlalu banyak yang telah pensyarah aku berikan.
“ Assalamualaikum mama..” Gembiranya hati bukan kepalang apabila mendengar suara mama. Terubat rindu aku.
“ Waalaikumussalam.. Qisya apa khabar? Lama tak talifon mama ni kenapa? Balik pun tidak. Tak rindu mama dan papa ke?” Alamak... Sayu lah pula suara mama aku ni,ini yang buat aku nak menangis dan balik je ni..
“ Apalah mama ni. Janganlah cakap macam itu, bukan Qisya tak mahu balik, tapi mama pun fahamkan,  Qisya disini pun sudah tahun akhir jadi banyak kerja yang Qisya perlu selesaikanlah mama, siapa cakap Qisya tak rindu dekat papa dan mama? Kalau boleh malam ni juga Qisya nak balik mama tahu tak?” Aku menyusun kata dengan sebaiknya supaya tidak menggoreskan hati mamaku. Aku tahu dia rindukan aku,ya, salah aku juga kerana terlalu sibuk sehingga aku lupakan tanggungjawab aku sebagai seorang anak untuk bertanya khabar mereka. Maafkan Qisya mama..
“ Tak mengapa Qisya... mama tahu Qisya sibuk tapi kalau boleh talifonlah mama. Rindu tau nak dengar celoteh Qisya.” Alhmdulillah suara mamaku kembali ceria. Lega hati aku kerana mama tidak menyimpan perasaan marah terhadap aku. Walaupun aku seorang budak yang nakal dan degil tetapi aku masih tahu menjaga batas dan tatasusila yang telah mama dan papaku ajar dari sejak kecil lagi dan aku  tak mahu dianggap anak derhaka kepada kedua ibubapaku. Tanpa mereka siapalah aku di dunia ini. Terima kasih mama, papa. Sedar tak sedar air mataku mengalir sendiri di pipiku. Suaraku mula serak basah.
“ Qisya... Qisya menangis ke?” Tanya mamaku. Aku yang baru tersedar dari khayalan cepat – cepat menyeka air mataku dan mula mengawal suara supaya mama tidak tahu yang aku sedang menangis.
“ Eh...Mana adalah mama... Qisya tengah makan ni... Pedaslah kuah dia mama.” Aku mengawal suaraku. Moga mama tak perasan semua itu.
“ Betul ke? Ermm.. lain kali jangan makan pedas – pedas ya,nanti Qisya sakit perut pula.Oh ya Qisya, papa dah balik, mama nak pergi siapkan makan malam untuk papa,nanti mama talifon Qisya balik ya?”
“ Baiklah mama, kirim salam sayang Qisya untuk papa ya?”
“ Untuk papa sahaja?Mama tak ada ke?”
“ Ya untuk mama sekali.. Muaaaaah..sayang mama dan papa.” Aku tersenyum walaupun mama tak nampak.
“ Ya sayang Qisya juga..Jaga diri ya sayang. Dan apa yang penting ..-”
“Jangan tinggal sembahyang kerana sembahyang itulah yang menentukan hala tuju hidup kita...Betulkan mama?” Aku cepat memotong kata – kata mama kerana kata – kata itulah setiap kali dia akan ingatkan kepadaku dan adik – adikku.walaupun aku sekeluarga hidup dalam keadaan yang serba mewah, tetapi mama dan papa teramat menitik beratkan tentang ajaran agama islam ke dalam diri kami sekeluarga.
“ Baguslah kalau Qisya dah tahu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam mama...” Aku meletakkan talifon bimbit ku. Panas telingaku rasakan bila terlalu lama meletakkan talifon di telinga terlalu lama. Tetapi demi mama sampai esok pagi pun aku sanggup.
****
 “Woi!” Satu sergahan kuat beserta tepukan pada lengannya membuatkan dia terpelanting ke bawah dari kerusi yang didudukinya itu.
“Mangkuk kau! Kalau aku ni ada sakit jantung, tak pasal-pasal kau masuk penjara tau tak?” Kata Edy pada temannya yang sedang mengekek-ngekek ketawa melihat dirinya. Tangannya masih mengurut-ngurut dadanya yang sedikit berombak akibat terlalu terkejut.

“Kenapa pulak aku masuk penjara?Aku masuk hospital bahagia lah sebab terlalu gembira.” Kata Khairul pada temannya itu sambil menyambung tawanya.

“Eh, betullah kau ni, mangkuk! Tak guna punya kawan!” Kata Edy sambil bangun untuk duduk semula atas kerusinya sebentar tadi.

“Haha... Sapa suruh kau termenung sampaikan aku tutup tv pun kau tak sedar. Tapi mata kau tu tetap tengok juga tv tu. Apa yang bestnya? Aku tengok gelap je” Kata Khairul sambil terus menyambung tawanya.

‘Aik, bilanya pulak budak sengal ni tutup tv? Tak sedar pun? Tapi, macam mana pulak boleh tak sedar ni? Isyhh, mushkil aku!’

“Weh, kau pikir apa? Gila punye kusyuk daa!” Soal Khairul setelah tawanya reda.

“Tak ada apalah. Aku cuma terpikir, siapalah agaknya jodoh aku nanti? Cantik ke tak? Orang mana? Dekat ke jauh? Sengal macam kau ke? ” Edy menjawab soalan Khairul sambil tersenyum. Tetapi, hakikatnya memang dia benar-benar memikirkan mengenai soal itu.
“Isyhh kau ni, ada ke fikir benda-benda macam tu? Jodoh pertemuan, ajal maut kan semua dah tertulis. Contohnya! Kalau dah jodoh aku nanti dengan Siti Nurhaliza, aku kena lah terima sebab dah memang itu yang Allah tetapkan untuk aku. Betul tak?” Edy ketawa kuat mendengar kata-kata Khairul yang memang gila bayang dengan penyanyi itu.
“Yelah wahai Encik Khairul!. Eh, dah la. Daripada aku layan kau yang otak tak berapa nak betul ni, baik aku tidur. 10 kali ganda lagi best tau!” Edy berkata lalu terus memejamkan mata. Diiringi leteran temannya yang entah membicarakan apa, dia berlalu ke alam mimpi yang lebih indah.
*****
“Ah! Macam mana pulak boleh rosak ni? Semalam elok je. Menyusahkan betullah. Ada susah. Tak ada pun susah. Dah pukul berapa dah ni. Kerja banyak yang nak kena siapkan lagi. Isyhh, sakitnya hati aku.” Edy bercakap-cakap seorang diri sambil berjalan ke perhentian bas yang berdekatan. Dia geram apabila keretanya tiba-tiba saja tak dapat dihidupkan pagi tadi. Hendak  meminta Khairul hantarkan pun, awal-awal lagi temannya itu sudah berangkat ke tempat kerja. Mahu  tak mahu , terpaksalah dia menggunakan bas hari ini.
‘Kenapa pulak dengan aku ni? Rasa macam tak sedap hati je. Macam ada yang tertinggal pulak. Tapi apa erk?’ aku berkata-kata dalam hatinya. Dalam waktu yang sama, bas yang di nantinya telah pun tiba. Setelah masuk ke dalam bas, air muka aku sedikit berubah.
‘Alahai…. Macam mana boleh tak ada tempat duduk pulak hari ni? Selalunya ok je. Eh, tapi kat belakang tu, macam ada je. Isyhh, kena cepat ni.’ Aku tersenyum dalam hati.
Aku meraba-raba isi beg untuk mencari duit syiling. ‘Aik, mana pulak pergi beg duit aku ni?’ Tiba-tiba, sesuatu menerjah ingatanku. “Ya Allah” terpacul kalimat itu dari bibirku. Aku baru menyedari sesuatu!. Aku tertinggal beg duitnya di dalam bilik! ‘Alamak! Macam mana ni?’ Kata-katanya itu membuatkan lelaki di sebelahku itu sedikit menoleh kearahku. ‘Apa tengok-tengok? Aku dah la tengah serabut otak ni. Nak rasa penampar ke penumbuk? Ha, pilih la’ aku sekadar berkata dalam hati sambil menjeling tajam pada lelaki di sebelahku.
Sedikit berbisik aku menjelaskan pada uncle India di sebelahku..
“Err, uncle, saya mintak maaf. Saya tertinggal beg duit saya di rumah. Boleh saya hutang dulu tak?” Aku cuba mempamerkan wajahku yang paling comel pada uncle yang setia menunggu.
“Eh adik manis, kalau dah tau tak ada duit, janganlah naik ini bas. Zaman sekarang mana ada yang free. Masuk toilet pun kena bayar tau tak?” Kata-kata uncle itu menarik perhatian penumpang-penumpang di sekeliling. ‘Huh, kuatnya cakap! Sengal punya uncle. Kalau aku tau aku tertinggal beg duit tadi, tak ada lah aku naik bas ni. Sanggup aku jalan kaki tau! Tp….sanggup ke?? Isyhh.. Malunya.. Kalau ye pun, cakap lah perlahan-lahan sikit. Ini tak, satu bas boleh dengar! Macam aku nie pekak pula’

“Uncle, kan saya cakap tadi, hutang! Bukannya saya mintak free! Esok saya bayar lah. Kan memang tiap-tiap hari saya naik bas ni. Mana pernah saya tak bayar. Lagipun, saya tertinggal beg duit lah. Bukannya sengaja tak nak bayar.” aku juga sengaja bercakap kuat, cuba membela diri.

“Macam mana saya mau tau yang adik manis akan bayar esok? Kalau adik manis naik lain bas, macam mana?” Uncle itu membalas kata-katanya sambil tersenyum menggoda. ‘Menggoda?? Ye ke??? Ya ampun! Sabar je lah dengan mangkuk tingkat ni. Ada hati nak ngorat aku pulak tu!’ Aku berkata dalam hati. Belum sempat dia membalas kata-kata uncle itu, tiba-tiba saja, sekeping wang RM10 melayang-layang dan kemudiannya berhenti tepat di hadapan dua biji mataku yang sedikit sepet itu. ‘Aik, mana pulak turun duit ni? Takkan dari langit?’ aku berkata-kata dalam hatinya sambil matanya tepat memandang wang tersebut. Mata yang tadinya terkaku itu, terus bergerak dari wang ke tangan yang memegang, dan perlahan-lahan bergerak naik ke wajah lelaki itu. ‘Wow! Macam ni punya kacak pun boleh aku tak perasan? Buka mata kau tu luas-luas Qisya. Ya Allah, kacaknya!’ Dengan mata yang tidak berkelip dan rahang yang sedikit jatuh, Aku melihat panorama indah di depan mata aku. Sesaat dua berlalu. ‘Qisya, ni bukan masa yang sesuai! Malulah sikit… Stop it!.’ Kata-kata itu terus menerjah akal warasku..Memek mukaku kembali dikawal.
“Nah, ambil duit ini. Tangan saya dah lenguh ni!” Edy berkata setelah melihat gadis di sebelahnya itu seperti baru tersedar ke alam nyata.

“Terima kasih.” Tanpa memikir panjang, aku terus mengambil wang itu lalu menghulurkan pada uncle yang sedang setia menanti di sebelahnya.

Seketika kemudian, aku menggaru sedikit kepalaku yang ditutupi tudung itu. ‘Apasal aku ambik duit mamat ni! Macam mana aku nak bayar balik kat dia? Entah-entah, dia ada niat jahat kat aku tak? Lepas ni, dia jual aku kat Siam. Huh, macam mana?’ Sebenarnya, tindakan aku itu tadi didorong rasa malu yang mula menjalar ke serata wajahku atas tindakanku ‘merenung’ lelaki kacak di sebelah itu.
Setelah wang baki dikembalikan daripada uncle India tadi, aku mula teragak-agak kembali. ‘Macam mana aku nak bagi balik duit baki kat mamat ni?’ Bismillah…. “Erm, encik, ni duit baki. Terima kasih sebab tolong saya. Nanti, kalau kita jumpa lagi, saya janji, saya akan pulangkan duit cik. Encik nak dua kali ganda pun saya akan bayarkan. Saya tak nak terhutang apa-apa budi dengan encik. Encik jangan berani nak guna-gunakan saya. Saya ada silat tau. Apapun, terima kasih sekali lagi.” aku berkata hanya dengan sekali nafas sambil tangan aku menghulurkan wang baki dan mukaku yang comel sedikit menunduk.‘Fuhh, semput aku!’

“Erm, tak payah susah-susah. Duit baki tu, awak ambil je. Buat tambang balik. Tak pun, buat beli sarapan je. Paling-paling tidak, awak bagi je kat orang mintak sedekah kat tepi jalan tu.” Edy berkata namun langsung tidak memandang wajah aku yang berada di sebelahnya itu.
‘Hek elleh! Sombong gila mamat nie! Harap muka je hensem. Apa? Ingat aku nie tak mampu sangat ke nak bayar tambang balik ha? Tapi... Betul juga. Mana aku ada duit nak bayar tambang balik lagi. Alahai, macam mana ni? Nak kena ambik jugak ke duit mamat kerek nie? Fikir! Fikir! Erm, lantak lah... Siapa suruh dia offer kat aku... Hehe... Sapu je lah... Rezeki jangan ditolak!’ aku tersengih sendiri.
Dengan senang hati, aku menjawab, “OK”.
 Edy sekadar memandang dengan hujung mata reaksi gadis itu. ‘Comel lah pula budak sebelah aku ni. Walaupun dia ni spesis agak pelik, tapi, dia memang cute. Tahi lalat kat sebelah kanan kat dagu, memang membuatkan wajahnya semakin manis. Kulit dia pun cerah. Erm, memang cute... Tapi... Kenapalah dengan dia ni. Muka je cute. Perangai! Subhanallah.’. Edy berkata-kata sambil kembali memandang ke luar tingkap.
Sebenarnya, sejak dari tadi dia menjadi pemerhati kepada gelagat gadis di sebelahnya itu. Haha.. memang kelakar! Tak pernah dibuat orang minta hutang tambang bas. Dah tu pulak, boleh dia buat muka comel dia tu dengan uncle India tu semata-mata nak ‘diluluskan’ hutangnya tu. Haha... Gadis di sebelahnya itu memang spesis pelik! Dan sesungguhnya, dia memang ikhlas ingin membantu. Tetapi, dia tidak pandai berkata-kata. Akhirnya, hanya kata-kata seperti itu yang terluncur laju dari bibirnya. Dia akur.
                                                                        *****
Tahun berganti tahun, sedar tak sedar aku sudah terlalu hampir dengan peperiksaan akhir tahun yang akan menentukan bahawa dirinku untuk  mendapatkan segulung ijazah ataupun tidak.minggu peperiksaan akan di jalankan pada minggu hadapan aku mula menyibukan diri dengan tugasan – tugasan akhir iaitu study hard!!.. Siang malam aku berkerjasama dengan buku – buku pelajaran aku. Badan mula terasa sengal – sengal kerana tidak cukup tidur, tetapi tidak mengapa, untuk menggenggam segulung ijazah aku harus berusaha bersungguh – sungguh. Aku melihat Suriani juga sama seperti aku, yang sibuk mentelaah buku – buku yang sedang bersepah diatas meja belajarnya itu. Suasana di dalam rumah ini mula terasa kesunyian bila tiba sahaja musim peperiksaan kerana semua sedang sibuk mengulangkaji pelajaran.
Hari yang ditunggu – tunggu muncul. Kembang kecut perut aku bila kaki mula melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Ya Allah..berikan kekuatan untuk aku menjawab soalan – soalan yang bakal aku jawab nanti.
“ Huh!! Lega..dapat juga aku jawab soalan yang mencabar minda tadi tu. Kau macam mana? Boleh jawab ke tidak?” aku menyoal Suriani.
“ Mestilah aku boleh jawab kalau tak sia – sia sahajalah aku jegilkan biji mata ni sampai ke pagi. Dah naik bengkak mata aku rasa.” Kami berdua ketawa serentak.
“ Jangan terlalu seronok sangat, hari ini baru mula sahaja peperiksaan.esok lusa ada lagi.kalau betul – betul dah habis barulah boleh enjoy.” Sapa suara seorang lelaki yang entah dari mana datangnya. Aku dan Suriani menoleh ke belakang. Alah..mamat ni ke,ingatkan siapa.Malasnya aku.
 
“Kami bukan seronok sebab apa. Cuma kami seronok sebab dapat jawab soalan sahaja pun. Suka hati kami berdualah nak seronok ke sedih ke kau sibuk kenapa.” Lancang sekali mulut kau berkata Suriani..aku sendiri punyalah kawal mulut aku supaya tak terkeluar perkataan yang boleh melukakan hati orang.ish..tak makan saman betul minah ni.
 Qisya.. boleh kita bercakap sekejap tak? Lima minit sahaja.” Kata lelaki itu.aduh apa la pula mamat ni nak.
 
 
“ Erm..cakap sajalah disini..” aku menolak ajakan dia.
“ Sekejap saja.” Lelaki itu  mula membuat muka lima belas sennya.
“ Baiklah..ha, sekarang cakaplah cepat apa awak nak cakap.” Dengan perasaan yang jelek aku memandangnya.berapa kali kau cuba nak pikat aku pun aku tetap tak akan terima kau ataupun sesiapa sahaja.
“ Kau tak boleh terima ke diri aku?”
“ Eman..kan aku dah cakap aku tak akan terima sesiapa sahaja lelaki dalam hidup aku selagi aku tak berjaya dalam hidup. Aku datang Universiti ini untuk belajar dan capaikan impian aku dan keluarga aku Eman. Tolonglah fahami aku.masih belum terbuka hati aku untuk memikirkan soal cinta atau selebihnya.bagi aku, aku  Cuma nak balas budi mama dan papa aku sahaja itu yang penting dalam hidup aku. Aku harap kau faham. Aku balik dulu.” Aku mula mengatur langkah mendapatkan Suriani yang setia menunggu.Huh!! lega dapat juga aku luahkan apa yang terbuku selama ini dalam hati aku.
 
*****
 
Hati aku mula berdebar – debar untuk kembali ke Universiti. Kembali kesana bukannya untuk belajar, tetapi untuk mengambil keputusan peperiksaan akhir tahun yang menentukan kehidupan dan masa hadapan kami semua. Dengan iringan doa mama dan papa dan juga bismillahirahmanirahim aku mula masuk ke dalam pejabat.
 
 
“ Qisya!!!!! Ya allah..lamanya tak jumpa kau..mak aih kau dah bulat dah Qisya..kau makan apa ni..” Jerit Suriani. Ya sudah hampir 5 bulan kami tidak bertemu sebelum keputusan peperiksaan keluar. Aku juga rindukan kenakalan kau Suriani..aku terus memeluk tubuhnya yang kecil itu..lepas rindu aku kat kau..
“ Eh.. kau dah ambil keputusan ke belum?” tanya Suriani.
“ Belum. Ni nak pergi ambil lah ni kau teman aku ya. Kau dapat apa?” aku menggapai keputusan Suriani tapi cepat sahaja dia menyimpan dari aku. Kurang asam punya kawan.
“ Kau pergi ambil dulu keputusan kau baru aku tunjuk..” Suriani mencebik bibirnya sambil tersenyum. Aku mendengus dan mula mengambil keputusan.. seminit.. dua minit..tiga minit… yahoooooo….. alhamdulillah kehadrat illahi..syukur.. senyuman dibibir Qisya semakin lebar apabila terpandang muka sahabatnya itu.
“ Ha yang kau tersengih – sengih macam kera kena belacan ni kenapa Qisya? Sampuk dek hantu ke?” kata Suriani. ‘Cis..macam ni ke kawan?aku nak bergembira bukannya nak support aku, tapi kutuk aku pula hampeh!’ aku berdengus, tapi dalam masa dua minit aku senyum kembali.bahagialah katakan.
“ Ermmm…alhamdulillah..aku lulus juga untuk ambil ijazah bulan lapan ni.. mesti mama dan papa aku gembira sangat.” Aku berkata dengan bangganya.hehe..
“ Eh… kau dapat berapa bagi aku tengok.”
“ Ah..kau bagi dulu keputusan kau baru aku bagi.” Aku menjelirkan lidah pada Suriani.
“ kau ni memang tak penah berubahlah Qisya.. dari dulu sampai sekarang mesti aku yang kena dulu..”  Suriani mencebik dan dia menunjukkan keputusanya kepada aku. ‘ hmm.. bagus juga keputusan budak ni,walaupun dia banyak main masa peperiksaan hari itu..’ aku tersenyum melihat keputusannya.
 
“ Woi..kau ni..aku nak tengok keputusan kau, bukan nak tengok kau senyum..ish..campak dalam longkang baru tahu.”
“ Nah ambil..” Aku memberi keputusanku kepada Suriani. Terbeliak matanya melihat keputusanku. Ada sedikit bangga, namun aku simpankan dalam hati.
“ Fulamak!! Kau biar betul Qisya??  Nurien Aqisya telah mendapat keputusan yang begitu cemerlang..CGPA 4.00 fuyoooo..hebatlah kau ni Qisya..Aku pun tak boleh dapat macam ni.” Jerit Suriani sambil memeluk badan aku,akhirnya badan aku ini yang tak berapa seimbang, tergolek juga kami berdua di depan pintu pejabat.Allahuakhbar..malu bukan kepalang gara si budak perempuan ni.
“ Hai.. tak  kan seronok sampai bergolek kat depan pintu ni kot?” Sapa seorang lelaki. Aku dan Suriani bingkas bangun sambil menepuk habuk yang melekat di seluar. Alamak!! Malunya.. bila lah pula mamat ni ada depan pintu ni..tebalnya muka..mana nak sorok ni..
“ Errr..ahh..emm.. kami bukannya tergolek kat sini..tapi kami errr…ha.. kami Cuma saja je nak duduk je kat sini.. betul tak Qisya?? Kan? Kan??” Terkulat – kulat aku mengaggukkan kepala seperti burung belatuk sahaja gayanya.
“ Oh… duduk? Tapi kan kat sini tak ada kerusi? Kalau iya nak duduk sekali pun,carilah tempak duduk yang di sediakan kat depan tu je ha..ini depan pintu pejabat pula tu.” Lelaki itu memuncungkan mulutnya kearah kerusi yang disediakan.Lelaki itu tersenyum.
‘ ha .. ambil kau.. kan dah kena balik. Suka hati kau je kata nak duduk.kot iya nak tipu pun biarlah alasan yang logik sikit.aduhai kawan aku sorang ni..’
“ Ah..apa – apa sajalah.. Eh.. Sue..kita kan ada kerja nak kena buat? Kau lupa ke? Tadi kau kata ada latihan muzik??” aku mula bersuara,kononnya hendak menyelamatkan keadaaanlah.Suriani termenung.. ‘ bila pula aku ambil latihan muzik ni?? Ke ni salah satu helah dia ni nak berambus dari lelaki ni? Ah..layan je lah..’
“ Ha… iyalah  aku lupa tadi dah jom cepat aku dah lambat ni karang bising pula cikgu aku tu nanti. Ermm.. kami pergi dulu ye..kalau awak nak duduk kat situ ganti kami, silakan lah ye..” Jerit Suriani sambil menarik tangan aku. Lelaki itu terus ketawa bila melihat gelagat kami. Sampai di perkarangan letak kereta, kami berdua ketawa dengan kuat sekali. Memang lawak betullah kami.
“ Okeylah Sue. Hari pun dah petang mesti mama dan papa aku tak sabar nak tengok keputusan aku ni. Nanti bila – bila kita jumpalah ye,kau datanglah ke rumah aku nanti.”
“ Okey lah aku pun tak sabar nak bagitahu keluarga aku.Bye..” aku melambaikan tanganku kepada Suriani sehinggalah kelibatnya tidak kelihatan barulah aku masuk kedalam kereta. Dengan hati yang berbunga aku bersiul – siul kecil sedar tak sedar aku sudah sampai di perkarangan rumahku. Aku melihat kedua ibubapaku menyambut kepulanganku dengan perasaan yang sudah semestinya tidak sabar untuk melihat kejayaanku.
“ Mama… papa..” aku menjerit gembira dan terus memeluk kedua ibubapaku yang teramat aku sayangi. Ibubapaku sudah menduga bahawa kejayaan aku hari ini sudah semestinya akan membanggakan mereka berdua.
 
“ Macam mana dengan keputusan Qisya?” Tanya papaku yang sudah tidak sabar – sabar lagi. Aku terus memberikan slip keputusanku kepadanya. Membuntang besar mata papa. Mesti dia terkejut tengok keputusan aku kan..
“ Mama.. tengok ni. Anak kita dapat keputusan yang bagus ni.. alhamdulillah syukur sangat..bangganya papa dengan anak papa ni.” Papa memeluk dan mencium dahiku. Aku gembira sangat. Mama juga memeluk aku. Rasa sayang aku kepada mereka memang tidak ternilai jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang yang telah mereka hulurkan kepadaku.. jika Allah memberi pilihan kepadaku untuk menarik nyawa kami, aku sanggup memilih nyawaku dari  Allah mengambil nyawa mereka berdua,kerana sesungguhnya ibubapa adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya yang Allah kurniakan untuk kita semua.
“ Terima kasih mama.. terima kasih papa..” Aku memandang mereka berdua apabila pelukan dileraikan. Mereka terkejut apabila aku mengungkapkan kata – kata itu.
“ Kenapa ni sayang, Qisya ada masalah ke?” tanya mama sambil mengusap kepalaku.
“ Tak ada masalah pun mama. Cuma Qisya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada papa dan mama kerana telah melahirkan dan mendidik Qisya dengan penuh kasih sayang. Tanpa papa dan mama, siapalah Qisya di dunia ini.” Mama dan papa menangis!! Kenapa?? Adakah aku sudah tersilap kata atau bicara? Aduh..
“ Mama.. papa kenapa menangis??Qisya ada tersalah cakap yang menggoreskan hati papa dan mama ke?”
 
“ Tak adalah sayang.. Cuma papa dan mama terharu dan bangga mempunyai anak seperti Qisya sahaja. Tidak sia – sia kami membesarkan Qisya.” Aku memeluk mereka berdua sebaknya hatiku teramat sekali.
“ Mama… adik mama tak sayang ke?? Asyik sayangkan kakak je..” Cebik muka adikku seorang ini..alahai kesiannya adik aku.. mama dan papa memandang satu sama sendiri, dan ketawa akhirnya.
  Alahai anak manje papa dan mama ni..manalah boleh papa dengan mama tak sayangkan Nisya.. dalam dunia ini mama dan papa ada Nisya dan kak Qisya je tahu? Kamu berdualah cahaya mata yang kami ada.” Kata papa, dan mama pula menganggukan kepalanya tanda bersetuju dengan pendapat papa. Kami berempat beranak saling berpelukan antara satu sama lain.. Alhamdulillah syukur kepada yang Maha Esa kerana kau jadikan kami sebuah keluarga yang begitu sempurna dari segi didikan agama dan kasih sayang. Terima kasih Allah kerana kau berikan kami kebahagiaan sehingga ke saat ini. Di harapkan kasih sayang antara kami sesama umat akan sentiasa melahirkan bibit bibit indah sewaktu berada di dunia pinjaman yang telah kau berikan kepada kami semua..Alhamdulillah…  Terima kasih Allah..
 
hasil nukilan : Zhardhianad

Derita Seorang Gadis


 
(hasil Editing cover pictures: Zhardhianad)


Kenapa aku sering di hina dan di keji oleh orang kampungku, apakah dosa kami sekeluarga sehingga penduduk kampung di sini amat membenci kami. Adakah kerana kami miskin dan sebab itu mereka membenci dan mengkeji kami? Oh tuhan..apakah ini dugaan yang kau berikan kepadaku dan keluargaku. Sejak kematian ayahandaku tercinta, kami sekeluarga hidup seperti sebatang kara, tiada siapa yang mahu mendekati kami, malah mereka semakin membenci kami. Dari kecil aku tidak pernah mempunyai kawan, kehulu dan kehilir aku hanya bersendirian sahaja. Adakah dunia ini adil? Yang tidak mempunyai harta kekayaan, akan di cemuh dan dipinggirkan, bagi golongan yang kaya mereka dianggkat seperti dewa di kayangan. Ya allah, turunkanlah rezeki berlimpah ruah untuk kami sekeluarga. Aku tidak sanggup lagi melihat ibu bertungkus lumus membanting tulang setiap hari semata – mata mahu memberikan kami sesuap nasi. Ibu.. maafkan aku,aku tidak mampu untuk membantu kerana aku hanyalah seorang gadis yang berumur dua puluh tahun sahaja.

“ Iman… kenapa termenung di situ nak? Iman ada masalah?” Suara ibu melenyapkan segala persoalanku, entah bila ibu ada di situ pun aku tidak perasan kerana terlalu asyik melayan perasaanku.

“ Tak ada apa – apa ibu,saja Iman duduk disini, Eh… ibu banyaknya barang yang dibeli. Kenapa ibu tak suruh sahaja Iman yang belikan.” Aku membebel kepada ibu dan terus mengambil barang yang di beli oleh ibu tadi.

“Allhamdulillah Iman, hari ini rezeki kita lebih sedikit yang kita dapat dari hasil jualan getah tadi.” Kata ibu sambil mengelap peluh di dahinya. Kesian ibu.. ibu meninggalkan aku di dapur dan menuju ke bilik. Aku hanya memerhati ibu dari jauh. Ku lihat ibu duduk di birai katil sambil mengelap matanya dengan pakaian arwah ayahku. Aku tahu ibu sedang menangis. Hati ku sebak.

“ Abang… maafkan Nab bang, Nab terpaksa jual semua barang kemas perkahwinan kita demi untuk mencari sesuap nasi untuk anak – anak kita bang. Nab tak mampu untuk membuat apa lagi. Nab gagal untuk menjadi seorang ibu yang tidak dapat memberi segala keperluan mereka. Nab gagal!!” Teresak – esak ibu menahan tangis supaya tidak kedengaran oleh aku dan adik – adiku. Ibu telah menjualkan semua barang kesayangannya demi untuk kami? Allahuakhbar.. perlukah sampai begitu sekali kesusahan yang melanda kami? Barang kemas itu adalah peninggalan terakhir ayahku untuk ibuku sewaktu hayatnya dahulu. Aku berjanji!! Ya.. aku janji diriku sendiri apabila aku sudah berjaya kelak aku akan tuntut semula barang kemas ibuku. Aku tahu di mana ibuku jual barang kemas itu kalau bukan kepada Cik Timah, sebuah keluarga yang kaya di dalam kampung ini. Aku berlalu dan membiarkan ibuku melayani perasaannya.

“ Kakak… kenapa kakak menangis?” Tanya adik lelaki keduaku yang berumur tiga belas tahun.

“ Kakak tak menangislah adik, kakak kan tengah potong bawang ni, jadi mata kakak pedih tu yang keluar air mata.” Ah…kau masih mentah untuk tahu erti kehidupan ini semua Mirul. Aku menyeka air mataku dengan baju, adikku hanya mengangguk dan terus berlalu untuk bermain.

                                                                               *****
“ Iman… boleh tolong ibu pergi belikan benang putih? Ibu hendak menjahit baju sekolah adik Iman yang sudah terkoyak itu.” Kata ibu sambil menghulurkan wang sebanyak lima ringgit. Aku mengangguk dan terus menuju ke kedai.

“ Uncle... boleh saya beli benang putih?” Aku bertanya. Uncle Mat memandang mukaku dengan penuh kebencian. Kenapa? Apa salahku?

“ Kau ada duit ke nak bayar?” Ah…terhiris hati aku mendengar soalan yang keluar dari mulutnya.Aku hanya menganggukan kepalaku.

“ Hmm… tunggu sebentar!” Keras sekali kedengaran. Dia berlalu.
 
“ Oiii budak miskin!! Apa kau buat kat kedai ayah aku ni ha? Nak mencuri ke?” Sergah Izad anak kepada Uncle Mat yang tuanya hanya dua tahun sahaja dari aku.

“ Aku datang beli benang.” Aku tidak berani untuk menatap matanya.Garang sekali.

“ Oh beli benang…Kau ada duit ke nak bayar ni? Kalau tak ada duit tak payahlah nak jejakkan kaki kau yang kotor dan jijik tu dalam kedai aku.”  Ngilu sekali sindiran dia menusuk ke jantungku. Ya Tuhan, kau rapuhkanlah jiwaku dan kentalkanlah imanku menerima cacian dari mereka.

“ Nah ambil benang kau!! Ambil sahaja aku bagi percuma, aku tahu kau orang bukan ada duit pun!!” Uncle Mat membaling benang itu ke mukaku. Terasa dihina sekali, dan maruah diri keluargaku seperti di injak – injak oleh orang lain. Air mataku mengalir laju,aku terus berlari tanpa arah tuju. Akhirnya aku melepaskan tangisanku di pantai yang sunyi tiada manusia. Tidak ku sedari sepasang mata memerhatiku sejak dari kedai Uncle Mat lagi.

“ Assalamualaikum... boleh saya duduk di sini?” Sapa suara lelaki tersebut. Aku sedaya upaya menahan tangis dari dilihat oleh pemuda itu. Tetapi siapakah dia? Tidak pernah ku lihat dia sebelum ini di kampung.

“ Orang kata kalau mahu menangis teruskan sahaja, jangan disimpan. Nanti sakit badan.” Kata pemuda itu.Aku senyap.

“ Kenapa orang di dalam kedai tadi kasar sangat dengan awak?” Aku memandang wajah lelaki itu,bersih mukanya. Pasti anak orang berada. Aku mengesot sedikit tempat dudukku supaya jauh sedikit dari lelaki itu. Lelaki itu tersenyum.

“ Kau siapa? Tak pernah aku lihat di sini.” Mendatar sahaja suaraku bercampur sekali dengan serak akibat menangis.

“ Saya Aiman, baru sahaja datang ke sini untuk bercuti tenangkan fikiran. Awak ada masalah?” Aku menggeleng tidak mahu menjawab soalan lelaki itu dan bangun meninggalkannya.

“ Laaa..kat sini ke kau Aiman. Puas aku cari kau merata. Eh..kau ni kenapa? Muka macam cekodok je?” Tanya temannya. “ Kau kenal perempuan tu?” Sambungnya lagi.Aiman hanya menggeleng.

“ Entah,tapi kesian sangat aku tengok dia, tadi masa aku ke kedai hujung sana aku dengar dia dihina dan dicaci oleh pak cik kedai tu. Aku cuba tanya dia ada masalah ke,tapi… dia senyap dan terus pergi macamtu je.” Kata Aiman.

“ Yang aku tahu Cik Ani ada baritahu aku yang ada sebuah keluarga yang miskin di sini. Hidup diorang memang daif sangat. Seluruh kampung ni pulaukan dia sekeluarga,mereka dihina, dikeji dan dicaci, dan dengar kata keluarga itu ada seorang anak gadis yang cun tau. Tapi sayang, miskin.” Kata temannya. Aiman terlopong mendengar panjang lebar tentang keluarga itu.mungkinkah gadis itu lah yang dimaksudkan oleh orang kampung disini. Kesiannya

“ Kau boleh bawa aku ke rumah dia? Kau tahu kan?” Tanya Aiman.

“ Tahu...tapi kau nak buat apa pergi ke rumah dia?” Hairan.

“ Aku dah jatuh hati dengan dia, aku mesti bawa mama aku datang meminang dia.” Laju sahaja dia berkata, giliran kawannya pula melopong. Biar betul!!

                                                                        *****
 “ Ibu..kenapa ibu terima pinangan mereka?? Iman tak mahu kahwin lagi ibu...Tolonglah ibu...Iman tak mahu tinggalkan ibu dan adik – adik macam ni. Ibu dah tak sayangkan Iman ke?” Aku menangis teresak – esak. Ibu yang memelukku turut menangis. ‘ maafkan ibu nak... ibu terpaksa terima mereka untuk kehidupanmu nak. Ibu tak mahu kau hidup terseksa seperti ibu, maafkan ibu.’

“ Bukan begitu nak… Ibu Cuma mahu Iman bahagia sahaja. Ibu tak mahu Iman jadi macam ibu hidup susah dan dicemuh oleh orang kerana miskin.” Ibu menangis. Sampai hati ibu..

“ Iman sudah cukup bahagia dengan keluarga kita sekarang ibu… Iman tak perlukan sesiapa lagi. Ibu batalkan perkahwinan itu. Ibu tahu ke lepas ini Iman akan bahagia dengan mereka? Mereka kaya bu...Iman takut.”

“Iman tak perlu takut ya, ibu tahu mereka adalah orang – orang yang baik sekali.tengok cara mereka datang ke sini pun sudah cukup. Mereka sanggup jejakkan kaki ke rumah kita,tak macam orang lainkan? Ibunya pun baik sekali dengan ibu.Iman jangan khuatir ya,Insyaallah Iman akan bahagia dengan Aiman.” Panjang lebar ibuku berkata. Ibuku senang. Tetapi hatiku?

                                                                        *****
Sudah tiga tahun aku berkahwin dengan Aiman, betul kata ibu, keluarga Aiman adalah satu keluarga yang beriman dan solehah sekali.Alhamdullilah kehidupan aku dan keluarga ku sedikit sebanyak sudah nampak perubahan. Ibu dan ayah mertuaku memberikan hadiah sebuah rumah untuk ibuku dikampung. Hidup kami semua semakin hari semakin bahagia dan gembira.Ibu pun aku lihat badannya semakin sihat dan berseri tidak seperti dulu. Adik – adik ku sudah menampakkan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka.Tidak salah lagi kata ibuku.tidak semuanya orang kaya yang bersifat sombong dan angkuh.
 
“ Hai, kenapa termenung jauh ni? Kan baru sehari kita tinggalkan ibu di kampung. Tak kan rindu lagi?” Kata Aiman Suamiku. Aku hanya tersenyum sahaja.Syukur kerana aku tidak salah memilih suami.Terima kasih ibu.

“Aiman… Iman… mari sini sayang... Kampung Iman terbakar!!” Jerit Ibu mertuaku ibu kepada Aiman. Aku Kaget dan terus meluru ke ruang tamu.

“Asstarfirllahallazim… Itu kampung Iman bu… Yang terbakar itu rumah Uncle Mat! Macam mana mereka sekeluarga? Selamat ke mereka?” Soalku bertubi tubi.

“ Ha... padan muka mereka sekeluarga kena timpa bencana. Dulu bukan main dia megah dengan harta kekayaan dia. Sekarang mereka sudah jatuh miskin.” Kata Ibu mertuaku seolah – olah puas hati dengan kejadian yang menimpa keluaga Uncle Mat.

“ Ibu… yang sudah tu biarlah berlalu... Tak baik kita doakan macam tu untuk mereka. Iman rasa Iman nak pulang ke kampunglah melawat mereka. Bolehkan abang?” Aku memandang suamiku. Suamiku tersenyum lebar.

‘ Sucinya hati dia dari sifat dendam,tak salah aku pilih dia sebagai menantuku.walaupun dia selalu dicaci dan dihina sewaktu dulu,tapi dia tetap memikirkan tentang kehidupan mereka. Bertuah anak aku dapat isteri macam Iman.Seteguh namanya Nurul Iman begitulah kukuh dan kuat imannya di hati.Alhamdulillah..’

“ Ibu nanti ikut kami sekali ye?” Aku mengharap jawapan yang positif dari ibu mertuaku, dan akhirnya ibu menganggukkan kepalanya dan tersenyum kepadaku.Allhamdulillah..

    *****
“ Ibu… Ibu…ish, mana pula ibu aku ni.” Aku mengeluh sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal. Dari tadi tak Nampak bayang ibu pun.

“ Kakak!!! “ Jerit adik bongsuku...Ah rinduku tidak pernah akan surut terhadap keluargaku.Aiman dan ibu mertuaku tersenyum melihat kami berpeluk.

“Adik..ibu mana?”

“Ibu ke rumah Uncle Mat beri bantuan kat dia.” Terang adikku,baiknya hati ibuku.

“Mari kita kerumah dia? Tapi dia sekarang duduk di mana sekeluarga?” tanyaku kembali.

“ Sekarang dia ditempatkan di rumah pondok di hujung sungai sana.”  Kesiannya nasib Uncle Mat.

 “ Oh.. kalau begitu mari kita pergi ke rumah dia. Mari bang, bu.” Ajakku. Mereka mengikuti buntutku

‘ Tak ku duga aku mempunyai seorang isteri yang betul -  betul tulus hatinya. Dia tak pernah berdendam dengan mereka yang telah banyak membuat dia dan keluarganya malu dan menderita. Semoga kau akan terus tabah selalu wahai isteriku.’

“ Ibu… macam mana dengan Uncle Mat dan keluarganya?Mereka selamat?” Aku bertanya dan mencari kelibat mereka tetapi tidak kelihatan.

 “ Mereka ada di dalam rumah marilah kalau nak berjumpa mereka.Mari Puan Izah,Aiman.” Ajak Ibuku.

 “Uncle Mat..  Puan Kama.. Apa kabar?” Aku menghulurkan tanganku,mereka hanya membiarkan tanganku sepi tanpa disambut.Tanpa ku duga mereka terus menarik aku ke dalam pelukan mereka berdua,mereka menangis hiba sambil berkata – kata.

“ Iman..ampunkan kesalahan kami sekeluarga. Kami terlalu banyak menghina kau sekeluarga, kami malu sangat bila kami susah begini kamu datang bersama bantuan,tapi bila kamu susah dahulu,kami tidak pernah berikan bantuan apa –apa, kami hanya memaki hamun kamu semua sahaja. Maafkan kami Nab.. Iman..” Puan Kama mendapatkan ibuku. Aku dan ibuku menitiskan air mata tanda bersyukur kerana kau telah bukakan hati mereka – mereka yang keras dengan melalui ujianmu ini ya Allah..

“ Tak mengapalah  Cik Mat,Puan Kama,semua itu dah berlalu janganlah diungkit kembali sejarah dulu...kami pun telah lama maafkan kamu sekeluarga.” Kata Ibuku sambil meleraikan pelukan mereka itu dan akhirnya kami semua menjadi satu keluarga yang sempurna,ibuku mengajak Puan Kama sekeluarga tinggal bersama ibu untuk sementara waktu dan akhirnya Puan kama telah menjadi besan kepada keluargaku kerana adikku yang kedua akhirnya telah jatuh hati dan berkahwin dengan anak perempuan Uncle Mat.Hidup kami semua di dalam keadaan yang gambira, terutamanya ialah aku yang hampir Sembilan bulan dan sedang menunggu saat-saat kelahiran puteri kami yang pertama tidak lama lagi...Alhamdulillah.syukur.Benarlah kata orang,tidak semua orang yang berdarjat mempunyai satu sifat yang angkuh dan sombong,dan setiap manusia sentiasa akan boleh berubah Cuma hanya  cepat dan lambat sahaja masa yang akan tentukan. Kita sebagai manusia janganlah cepat untuk melatah dengan perkara – perkara yang tidak berfaedah..

 
Hasil Nukilan : Zhardhianad.
kat sini Dhia juga membuat kulit untuk cerpen ini. :)