Wednesday, July 17, 2013

NASIB PENGEMIS TUA

Angin deru menghembus halus dipipiku
ombak elabai lambai penuh kesyahduan
mereka seperti memahami apa yg terbuku di kotak pemikiranku.
penuh sarat dengan pelbagai persoalan yang tidak pernah padam dihati ini..
seorang lelaki tua duduk tersimpuh di kaki lima.
seorang ibu tua mengendong anak kecil di pangkuan,
mereka menadahkan tangan meminta huluran tangan kita semua
membantu mereka yang tidak berupaya..
apakah kita sanggup melihat mereka begitu
siang dan malam tidak kira hujan atau panas
mereka tetap disitu demi sesuap nasi..
 
wahai ibu tua, di manakan anak anakmu yang sewaktu kecil kamu tatangnya bagaikan seorang bidadari mahupun bidadara? di manakah mereka semua? hati kecilku turut bersuara..
wahai ayah tua dimanakah saudara mu?
apakah mereka tidak mampu untuk menjagamu
di saat menjelangnya hari tuamu?
sedih aku melihat mereka semua..
apalah nasib mereka sehingga sanggup dibiarkan di jalanan merempat..
wahai anak - anak muda.. ambillah mereka kembali..
lindungilah mereka dengan sepenuh kasih sayangmu
seperti mana mereka melindungimu sewaktu lahir
janganlah kau abaikan mereka kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai anak
iaitu untuk mendoakan untuk kebaikan mereka.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment