Wednesday, July 17, 2013

Derita Seorang Gadis


 
(hasil Editing cover pictures: Zhardhianad)


Kenapa aku sering di hina dan di keji oleh orang kampungku, apakah dosa kami sekeluarga sehingga penduduk kampung di sini amat membenci kami. Adakah kerana kami miskin dan sebab itu mereka membenci dan mengkeji kami? Oh tuhan..apakah ini dugaan yang kau berikan kepadaku dan keluargaku. Sejak kematian ayahandaku tercinta, kami sekeluarga hidup seperti sebatang kara, tiada siapa yang mahu mendekati kami, malah mereka semakin membenci kami. Dari kecil aku tidak pernah mempunyai kawan, kehulu dan kehilir aku hanya bersendirian sahaja. Adakah dunia ini adil? Yang tidak mempunyai harta kekayaan, akan di cemuh dan dipinggirkan, bagi golongan yang kaya mereka dianggkat seperti dewa di kayangan. Ya allah, turunkanlah rezeki berlimpah ruah untuk kami sekeluarga. Aku tidak sanggup lagi melihat ibu bertungkus lumus membanting tulang setiap hari semata – mata mahu memberikan kami sesuap nasi. Ibu.. maafkan aku,aku tidak mampu untuk membantu kerana aku hanyalah seorang gadis yang berumur dua puluh tahun sahaja.

“ Iman… kenapa termenung di situ nak? Iman ada masalah?” Suara ibu melenyapkan segala persoalanku, entah bila ibu ada di situ pun aku tidak perasan kerana terlalu asyik melayan perasaanku.

“ Tak ada apa – apa ibu,saja Iman duduk disini, Eh… ibu banyaknya barang yang dibeli. Kenapa ibu tak suruh sahaja Iman yang belikan.” Aku membebel kepada ibu dan terus mengambil barang yang di beli oleh ibu tadi.

“Allhamdulillah Iman, hari ini rezeki kita lebih sedikit yang kita dapat dari hasil jualan getah tadi.” Kata ibu sambil mengelap peluh di dahinya. Kesian ibu.. ibu meninggalkan aku di dapur dan menuju ke bilik. Aku hanya memerhati ibu dari jauh. Ku lihat ibu duduk di birai katil sambil mengelap matanya dengan pakaian arwah ayahku. Aku tahu ibu sedang menangis. Hati ku sebak.

“ Abang… maafkan Nab bang, Nab terpaksa jual semua barang kemas perkahwinan kita demi untuk mencari sesuap nasi untuk anak – anak kita bang. Nab tak mampu untuk membuat apa lagi. Nab gagal untuk menjadi seorang ibu yang tidak dapat memberi segala keperluan mereka. Nab gagal!!” Teresak – esak ibu menahan tangis supaya tidak kedengaran oleh aku dan adik – adiku. Ibu telah menjualkan semua barang kesayangannya demi untuk kami? Allahuakhbar.. perlukah sampai begitu sekali kesusahan yang melanda kami? Barang kemas itu adalah peninggalan terakhir ayahku untuk ibuku sewaktu hayatnya dahulu. Aku berjanji!! Ya.. aku janji diriku sendiri apabila aku sudah berjaya kelak aku akan tuntut semula barang kemas ibuku. Aku tahu di mana ibuku jual barang kemas itu kalau bukan kepada Cik Timah, sebuah keluarga yang kaya di dalam kampung ini. Aku berlalu dan membiarkan ibuku melayani perasaannya.

“ Kakak… kenapa kakak menangis?” Tanya adik lelaki keduaku yang berumur tiga belas tahun.

“ Kakak tak menangislah adik, kakak kan tengah potong bawang ni, jadi mata kakak pedih tu yang keluar air mata.” Ah…kau masih mentah untuk tahu erti kehidupan ini semua Mirul. Aku menyeka air mataku dengan baju, adikku hanya mengangguk dan terus berlalu untuk bermain.

                                                                               *****
“ Iman… boleh tolong ibu pergi belikan benang putih? Ibu hendak menjahit baju sekolah adik Iman yang sudah terkoyak itu.” Kata ibu sambil menghulurkan wang sebanyak lima ringgit. Aku mengangguk dan terus menuju ke kedai.

“ Uncle... boleh saya beli benang putih?” Aku bertanya. Uncle Mat memandang mukaku dengan penuh kebencian. Kenapa? Apa salahku?

“ Kau ada duit ke nak bayar?” Ah…terhiris hati aku mendengar soalan yang keluar dari mulutnya.Aku hanya menganggukan kepalaku.

“ Hmm… tunggu sebentar!” Keras sekali kedengaran. Dia berlalu.
 
“ Oiii budak miskin!! Apa kau buat kat kedai ayah aku ni ha? Nak mencuri ke?” Sergah Izad anak kepada Uncle Mat yang tuanya hanya dua tahun sahaja dari aku.

“ Aku datang beli benang.” Aku tidak berani untuk menatap matanya.Garang sekali.

“ Oh beli benang…Kau ada duit ke nak bayar ni? Kalau tak ada duit tak payahlah nak jejakkan kaki kau yang kotor dan jijik tu dalam kedai aku.”  Ngilu sekali sindiran dia menusuk ke jantungku. Ya Tuhan, kau rapuhkanlah jiwaku dan kentalkanlah imanku menerima cacian dari mereka.

“ Nah ambil benang kau!! Ambil sahaja aku bagi percuma, aku tahu kau orang bukan ada duit pun!!” Uncle Mat membaling benang itu ke mukaku. Terasa dihina sekali, dan maruah diri keluargaku seperti di injak – injak oleh orang lain. Air mataku mengalir laju,aku terus berlari tanpa arah tuju. Akhirnya aku melepaskan tangisanku di pantai yang sunyi tiada manusia. Tidak ku sedari sepasang mata memerhatiku sejak dari kedai Uncle Mat lagi.

“ Assalamualaikum... boleh saya duduk di sini?” Sapa suara lelaki tersebut. Aku sedaya upaya menahan tangis dari dilihat oleh pemuda itu. Tetapi siapakah dia? Tidak pernah ku lihat dia sebelum ini di kampung.

“ Orang kata kalau mahu menangis teruskan sahaja, jangan disimpan. Nanti sakit badan.” Kata pemuda itu.Aku senyap.

“ Kenapa orang di dalam kedai tadi kasar sangat dengan awak?” Aku memandang wajah lelaki itu,bersih mukanya. Pasti anak orang berada. Aku mengesot sedikit tempat dudukku supaya jauh sedikit dari lelaki itu. Lelaki itu tersenyum.

“ Kau siapa? Tak pernah aku lihat di sini.” Mendatar sahaja suaraku bercampur sekali dengan serak akibat menangis.

“ Saya Aiman, baru sahaja datang ke sini untuk bercuti tenangkan fikiran. Awak ada masalah?” Aku menggeleng tidak mahu menjawab soalan lelaki itu dan bangun meninggalkannya.

“ Laaa..kat sini ke kau Aiman. Puas aku cari kau merata. Eh..kau ni kenapa? Muka macam cekodok je?” Tanya temannya. “ Kau kenal perempuan tu?” Sambungnya lagi.Aiman hanya menggeleng.

“ Entah,tapi kesian sangat aku tengok dia, tadi masa aku ke kedai hujung sana aku dengar dia dihina dan dicaci oleh pak cik kedai tu. Aku cuba tanya dia ada masalah ke,tapi… dia senyap dan terus pergi macamtu je.” Kata Aiman.

“ Yang aku tahu Cik Ani ada baritahu aku yang ada sebuah keluarga yang miskin di sini. Hidup diorang memang daif sangat. Seluruh kampung ni pulaukan dia sekeluarga,mereka dihina, dikeji dan dicaci, dan dengar kata keluarga itu ada seorang anak gadis yang cun tau. Tapi sayang, miskin.” Kata temannya. Aiman terlopong mendengar panjang lebar tentang keluarga itu.mungkinkah gadis itu lah yang dimaksudkan oleh orang kampung disini. Kesiannya

“ Kau boleh bawa aku ke rumah dia? Kau tahu kan?” Tanya Aiman.

“ Tahu...tapi kau nak buat apa pergi ke rumah dia?” Hairan.

“ Aku dah jatuh hati dengan dia, aku mesti bawa mama aku datang meminang dia.” Laju sahaja dia berkata, giliran kawannya pula melopong. Biar betul!!

                                                                        *****
 “ Ibu..kenapa ibu terima pinangan mereka?? Iman tak mahu kahwin lagi ibu...Tolonglah ibu...Iman tak mahu tinggalkan ibu dan adik – adik macam ni. Ibu dah tak sayangkan Iman ke?” Aku menangis teresak – esak. Ibu yang memelukku turut menangis. ‘ maafkan ibu nak... ibu terpaksa terima mereka untuk kehidupanmu nak. Ibu tak mahu kau hidup terseksa seperti ibu, maafkan ibu.’

“ Bukan begitu nak… Ibu Cuma mahu Iman bahagia sahaja. Ibu tak mahu Iman jadi macam ibu hidup susah dan dicemuh oleh orang kerana miskin.” Ibu menangis. Sampai hati ibu..

“ Iman sudah cukup bahagia dengan keluarga kita sekarang ibu… Iman tak perlukan sesiapa lagi. Ibu batalkan perkahwinan itu. Ibu tahu ke lepas ini Iman akan bahagia dengan mereka? Mereka kaya bu...Iman takut.”

“Iman tak perlu takut ya, ibu tahu mereka adalah orang – orang yang baik sekali.tengok cara mereka datang ke sini pun sudah cukup. Mereka sanggup jejakkan kaki ke rumah kita,tak macam orang lainkan? Ibunya pun baik sekali dengan ibu.Iman jangan khuatir ya,Insyaallah Iman akan bahagia dengan Aiman.” Panjang lebar ibuku berkata. Ibuku senang. Tetapi hatiku?

                                                                        *****
Sudah tiga tahun aku berkahwin dengan Aiman, betul kata ibu, keluarga Aiman adalah satu keluarga yang beriman dan solehah sekali.Alhamdullilah kehidupan aku dan keluarga ku sedikit sebanyak sudah nampak perubahan. Ibu dan ayah mertuaku memberikan hadiah sebuah rumah untuk ibuku dikampung. Hidup kami semua semakin hari semakin bahagia dan gembira.Ibu pun aku lihat badannya semakin sihat dan berseri tidak seperti dulu. Adik – adik ku sudah menampakkan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka.Tidak salah lagi kata ibuku.tidak semuanya orang kaya yang bersifat sombong dan angkuh.
 
“ Hai, kenapa termenung jauh ni? Kan baru sehari kita tinggalkan ibu di kampung. Tak kan rindu lagi?” Kata Aiman Suamiku. Aku hanya tersenyum sahaja.Syukur kerana aku tidak salah memilih suami.Terima kasih ibu.

“Aiman… Iman… mari sini sayang... Kampung Iman terbakar!!” Jerit Ibu mertuaku ibu kepada Aiman. Aku Kaget dan terus meluru ke ruang tamu.

“Asstarfirllahallazim… Itu kampung Iman bu… Yang terbakar itu rumah Uncle Mat! Macam mana mereka sekeluarga? Selamat ke mereka?” Soalku bertubi tubi.

“ Ha... padan muka mereka sekeluarga kena timpa bencana. Dulu bukan main dia megah dengan harta kekayaan dia. Sekarang mereka sudah jatuh miskin.” Kata Ibu mertuaku seolah – olah puas hati dengan kejadian yang menimpa keluaga Uncle Mat.

“ Ibu… yang sudah tu biarlah berlalu... Tak baik kita doakan macam tu untuk mereka. Iman rasa Iman nak pulang ke kampunglah melawat mereka. Bolehkan abang?” Aku memandang suamiku. Suamiku tersenyum lebar.

‘ Sucinya hati dia dari sifat dendam,tak salah aku pilih dia sebagai menantuku.walaupun dia selalu dicaci dan dihina sewaktu dulu,tapi dia tetap memikirkan tentang kehidupan mereka. Bertuah anak aku dapat isteri macam Iman.Seteguh namanya Nurul Iman begitulah kukuh dan kuat imannya di hati.Alhamdulillah..’

“ Ibu nanti ikut kami sekali ye?” Aku mengharap jawapan yang positif dari ibu mertuaku, dan akhirnya ibu menganggukkan kepalanya dan tersenyum kepadaku.Allhamdulillah..

    *****
“ Ibu… Ibu…ish, mana pula ibu aku ni.” Aku mengeluh sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal. Dari tadi tak Nampak bayang ibu pun.

“ Kakak!!! “ Jerit adik bongsuku...Ah rinduku tidak pernah akan surut terhadap keluargaku.Aiman dan ibu mertuaku tersenyum melihat kami berpeluk.

“Adik..ibu mana?”

“Ibu ke rumah Uncle Mat beri bantuan kat dia.” Terang adikku,baiknya hati ibuku.

“Mari kita kerumah dia? Tapi dia sekarang duduk di mana sekeluarga?” tanyaku kembali.

“ Sekarang dia ditempatkan di rumah pondok di hujung sungai sana.”  Kesiannya nasib Uncle Mat.

 “ Oh.. kalau begitu mari kita pergi ke rumah dia. Mari bang, bu.” Ajakku. Mereka mengikuti buntutku

‘ Tak ku duga aku mempunyai seorang isteri yang betul -  betul tulus hatinya. Dia tak pernah berdendam dengan mereka yang telah banyak membuat dia dan keluarganya malu dan menderita. Semoga kau akan terus tabah selalu wahai isteriku.’

“ Ibu… macam mana dengan Uncle Mat dan keluarganya?Mereka selamat?” Aku bertanya dan mencari kelibat mereka tetapi tidak kelihatan.

 “ Mereka ada di dalam rumah marilah kalau nak berjumpa mereka.Mari Puan Izah,Aiman.” Ajak Ibuku.

 “Uncle Mat..  Puan Kama.. Apa kabar?” Aku menghulurkan tanganku,mereka hanya membiarkan tanganku sepi tanpa disambut.Tanpa ku duga mereka terus menarik aku ke dalam pelukan mereka berdua,mereka menangis hiba sambil berkata – kata.

“ Iman..ampunkan kesalahan kami sekeluarga. Kami terlalu banyak menghina kau sekeluarga, kami malu sangat bila kami susah begini kamu datang bersama bantuan,tapi bila kamu susah dahulu,kami tidak pernah berikan bantuan apa –apa, kami hanya memaki hamun kamu semua sahaja. Maafkan kami Nab.. Iman..” Puan Kama mendapatkan ibuku. Aku dan ibuku menitiskan air mata tanda bersyukur kerana kau telah bukakan hati mereka – mereka yang keras dengan melalui ujianmu ini ya Allah..

“ Tak mengapalah  Cik Mat,Puan Kama,semua itu dah berlalu janganlah diungkit kembali sejarah dulu...kami pun telah lama maafkan kamu sekeluarga.” Kata Ibuku sambil meleraikan pelukan mereka itu dan akhirnya kami semua menjadi satu keluarga yang sempurna,ibuku mengajak Puan Kama sekeluarga tinggal bersama ibu untuk sementara waktu dan akhirnya Puan kama telah menjadi besan kepada keluargaku kerana adikku yang kedua akhirnya telah jatuh hati dan berkahwin dengan anak perempuan Uncle Mat.Hidup kami semua di dalam keadaan yang gambira, terutamanya ialah aku yang hampir Sembilan bulan dan sedang menunggu saat-saat kelahiran puteri kami yang pertama tidak lama lagi...Alhamdulillah.syukur.Benarlah kata orang,tidak semua orang yang berdarjat mempunyai satu sifat yang angkuh dan sombong,dan setiap manusia sentiasa akan boleh berubah Cuma hanya  cepat dan lambat sahaja masa yang akan tentukan. Kita sebagai manusia janganlah cepat untuk melatah dengan perkara – perkara yang tidak berfaedah..

 
Hasil Nukilan : Zhardhianad.
kat sini Dhia juga membuat kulit untuk cerpen ini. :)
 

 

1 comment: