Sunday, July 28, 2013

ya allah kau,sembuhkan,abah ︶︿︶

salam kepiluan buat semua..
saat hati mula melihat keadaannya semakin kurus dan hanya dibaluti dengan kulit kulit yg semakin mengendur..
terasa kepiluan dan kesedihan yg menggigit tangkai naluriku yg semakin lama semakin rapuh..
matanya merenung sayu kearah anak2nya yg pulang utk memberikannya sedikit senyuman yg semakin lama semakin hambar..
tiada senyum tawa,
tiada petah bicara,
tiada perdebatan kata,
tiada juga suara jerit teriakmu memarahi anak2 yg tidak,mendengar kata..
dimana semua itu abah? katakan dimanakah semua itu yg aku rindu utk mendengarinya semula..
sepanjang 3 hari bercuti dn disitu aku mengambil peluang utk menatap mukanya yg semakin pudar serinya..mengapa abah?
ku picit bahunya
ku urut2 seluruh tubuhnya
yg dimana selama 21 tahun,aku tidak pernah mengurutnya.
dikesempatan ini aku mengambil langkah, kasihan..sedih..terasa hilangnya seri diwajah abah..
apabila ditnya.. dijawabnya sihat2 belaka..
hakikatnya abah tak sihat..jgn tipu anak2 mu abah..kami tahu abah tak sihat sepeti selalu..
senja hening tadi anak anak mu pulang ke kuala lumpur..aku melihat lambaian halus dari tanganmu
senyuman manis mekar di bibirmu..
dibenakku bermain..adakah sudah sihat abah atau sekadar ingin melihatkami pulang dengan keadaan yg senang?
apabila malam menjelang sampai sebuah sms mengatakan abahku di bawa ke hospital..
terhenti seketika jantung..
apakah ini petanda buruk atau sebaliknya..
kata anak sulungnya..badan abah mula di cucuk dgn wayar yg aku sendiri tidak tahu apa fungsinya..
ah sudah..apakah kau ingin mengambil abahku kembali wahai allah??
tolonglah ya allah.. pinjamkan abahku lagi kepada aku dan anakanaknya yg lain..
kerana aku masih belum bersedia utk menghadapi semua itu.. ya allah ya tuhanku..kau panjangkanlah umur abahku.. kau berikanlah kesihatan semula kepada abahku..
kau berikanlah kami semua menjaganya..
kau rapatkannya kembali kepada kami.. ya allah.. aku tahu aku seorang yg alpa dan lalai utk menghadapmu..
tetapi kau perkenankanlah doaku..
ya allah ya rasul ya karim..kau panjangkan umur abahku yg kini sedang berada dihospital.. kau berikanlah peluang untuknya menghirup udara duniamu yg segar ini..kau berikanlah kesejahteraan kesihatan yg sempurna kepada abah dan emak....ya allah kau terimalah doa hambamu yg hina ini..jika aku mampu utk menganti tempat abah..aku rela tukarkan diriku sebagai ganti..biarlah aku lihat emak gembira disamping abah..dan biarlah aku terus melihat senyuman manis abah..
abah cepat sembuh..semoga cepat sembuh abah... ketahuilah aku dan anakanakmu yg lain terlalu amat menyayangi mudan emak walaupun kami masing2 tidK menunjukkannya dihadapan kalian berdua..tapi dalam,diam kami memanjatkan syukur kerana kau berdua melahirkan kami dgn tanpa cacat celanya sifat kami....

No comments:

Post a Comment