Sunday, August 18, 2013

banyak perkara yg menyebabkan remaja tidak boleh berfikir dengan waras!

kesilapan sering terjadi pada setiap individu, cuma sedar ataupun tidak..
kerana kesilapan jugalah akan memberikan kesusahan pada individu tersebut..
orang kata kalau hidup sempurna namun tiada kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup adakah itu juga dipanggil sempurna?
itu yang terjadi kepada mereka.. kegembiraan diragut disebabkan atas kesilapan yg lampau.
bukan kehendaknya kesilapan itu berlaku.
mereka di kurung, di pantau setiap masa.
tiada kebebasan, tiada teman untuk berbicara. hanya yang ada sebuah bilik yang dipenuhi perabut dan juga perhiasan rumah..
hati mereka memberontak untuk mencari sedikit kebebasan, cukuplah jika diberikan hanya sedikit cuma.. namun itu juga tiada.

nak tahu kenapa ramai remaja lari dari rumah atau buat sesuatu perkara yang tak masuk di akal?
salah satu punca remaja perfikiran begitu adalah kerana satu perkara iaitu KEBEBASAN.
Mereka tidak minta banyak. cukuplah mereka diberikan sedikit kebebasan. Jangan disalah ertikan apa maksud kebebasan itu. banyak maksud kebebasan itu. mungkin dari segi pergaulan, dari segi ketenangan banyak lagi.

contoh dari segi pergaulan :
- kenal dengan siapa mereka berkawan, baik ke tidak.
- kalau mereka nak keluar, biarkan, tapi mereka perlu beritahu  atau lebih bagus bawa kawan yang dia nak keluar bersama tu dengan ibu bapa.
- perlu ada limit. kalau keluar pon seeminggu sekali bagilah limit dari pagi sampai 10 malam. tapi selagi tak sampai limit tu jangalah kelam kabut suruh dia balik.
- tapi kalau hari - hari dah keluar tu lain ceritalah.. bolehlah limitkan dari pagi sampai petang.
- jangan kawal mereka seperti budak sekolah rendah. sebab hati remaja ni memberontak. kita pon tak tahu macam mana perangai si pengawal tu semasa dia remaja dulu hah! entah2 dia pon sama.

contoh dari ketenangan :
- mungkin disebabkan dengan masalah keluarga yang selalu bertekak sampai nak ptus urat tengkok.
- mungkin juga disebabkan persekitaran rumah yang terlalu bising.
- mungkin juga disebabkan tekanan dari orang sekeliling.
- atau mungkin sebab dia tak ada sesiapa yang nak dengarluahan hati dia. macam remaja ni kebanyakannya mereka tidak akan berkongsi luahan hati mereka dengan ahli keluarga, satu mungkin disebabkan factor malu, tidak selesa atau pun tidak mahu ahli keluarga risau dan kecil hati. mereka lebih banyak menceritakan masalah mereka kepada orang luar. contohnya orang yang terdekat padanya macam mungkin bf dia, dan mungkin juga sahabat baiknya. tapi kebanyakannya mereka lebih selesa bercerita pada teman lelaki mereka. ini kerana mereka sentiasa ada bersama remaja itu.
nak dijadikan cerita, kena si teman lelaki tu berotak dan pandai berfikir mungkin dia akan nasihatkan teman wanitanya dangan cara yang baik. tapi... kalau si teman lelaki nya ni jenis takberotak, jalan paling mudah adalah LARI RUMAH! dan si perempuan tu yang tengah dilanda masalah tu tak boleh nak fikir dengan sempurna. dan ia anggap itu adalah jalan yang betul.. macam orang cakap YES MAN!

huish banyaklah punca kenapa ramai remaja wanita lari dari rumah. mereka memberontak kerana apa yang mereka inginkan dihalang oleh orang lain. mereka  tidak minta banyak, cukuplah jika kita memahami apa yang mereka inginkan. jiwa remaja adalah jiwa memberontak. dan tak perlu mengubah orang lain jika dia tidak bersedia lagi untuk berubah. kerana perubahan itu akan datang sendiri pada diri dia sendiri. dan dengan rela hati mereka akan mula berfikir akan pembaharuan yang baru pada diri mereka. tak perlu dipaksa dan tak perlu untuk digubahsuaikan mereka. sebab jika kita yang cuba untuk mengubahkan mereka, jika perubahan itu tidak ikhlas pun tak berguna. contohnya macam sembahyang. kita paksa orang sembahyang, ya dia pergi sembahyang, tapi kalau sembahyangnya dengan cara terpaksa dan tidak ikhlas apakah itu hanya sia - sia?
orang cakap biar seseorang itu berubah kerana Allah dan kerelaan dirinya sendiri bukan dia berubah kerana desakan orang lain. Its Wrong!