Tuesday, August 20, 2013

kehidupan sebenar bukan hanya di dalam sebuah sangkar mewah.

merenungi ke luar jendela
mengenangi nasib yang tak selalu menyebelahi
tiada sahabat, tiada teman, tiada rakan
untuk memenuhi harian dengan gelak ketawa..
hilang, pudar dalam sekelip mata..
hanya di temani dinding - dinding yang gah berdiri..
sepasang mata hanya mampu merenungi kehidupan diluar sana yang penuh dengan kegembiraan..
celik mata hanya yang Nampak sebuah kekecewaan dan kesunyian.
pejam mata hanya yang Nampak segala memori yang pernah bahagia..
tiada apa yang dipinta..
cuma sedikit ruang untuk dapatkan sejuta bahagiaan..
menjejak kaki keluar hanya untuk beberapa jam menunggu..
tidak pernah pulang hingga heningnya waktu pagi...
tidak perlu berhari - hari untuk mencari kegembiraan..
cukup untuk seminggu dua kali..
namun itu juga menjadi punca yang menyebabkan ketidakpuasan hatinya..
diberi masa sebelum mencecahnya jam 10
namun baru 2 kali melebarkan sayap,
ditariknya kembali masa itu menjadi sebelum hilangnya matahari senja..
apakah kau fikir hanya kita sahaja yang berada di dunia Allah ini?
terlalu banyak manusia,
terlalu banyak halangan di atas jalan..
jika punya sayap. sudah tentu masa yang ditetapkan tidak pernah akan dilepasi.
bukan memprotes dan bukan membantah..
segala yang berlaku tahu ada hikmah dan kebaikannya..
namun apakah itu satu kewajaran dengan tidak membenarkan seseorang itu keluar untuk mencari sahabat dan bergembira bersama teman - teman yang lain?
jika keluar, hatinya turut runsing.. bukan runsing kenapa..
cuma setiap masa hanya di pandang detik dan waktu jam yang bergerak di pergelangan tangan
mengira waktu untuk sampainya ke rumah pada masa yang di tetapkan.
bukan kecewa mahupun terasa..
namun kebahagiaan dan kegembiraan tidak akan dapat jika hanya dikurung seperti Zaman darurat pada tahun kedatangan Jepun suatu masa dahulu..

No comments:

Post a Comment