Thursday, August 8, 2013

LALAT mempunyai KEBAIKAN dan KEBURUKAN!

Tahu tak kau orang semua info tentang lalat yg selama ini kita menganggap lalat hanya seekor binatang yang kotor? Ia bukan hanya kotor bahkan ia turut membawa bermacam-macam jenis penyakit yang berisiko kepada manusia. jom kita intai apa itu LALAT!

        "Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat. (Riwayat al-Bukhari)"

PERCAYA TAK KORANG?
korang kena percaya.. memang kita akan  ini pelik dan tidak masuk dek akal. tapi jika kita fikir secara logiknya LALAT ini memang sejenis binatang yg kotor dan membawa penyakit. untuk pengetahuan kita semua, tiada siapa yg sedar bahawa sebelah sayap lalat itu ada ubat untuk mengubati manusia.


Pada tahun 1871, Prof. Brefild, seorang Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali.

Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah
 
Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. 
Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.
 
Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

daripada ujikaji oleh para saintis maka di situ terbuktilah apa yg disunahkan oleh nabi adalah benar dan fakta. Dimana kita perlu menenggelamkan lalat dahulu untuk mengeluarkan microorgasnisma penolak kuman dari badan lalat itu kemudian barulah angkat.

P/s : aku tahu info ini dari abg aku sendiri.. dan aku pun tercengang  bila dia kata lalat ini bagus utk kesihatan. dan aku tak try pon.. sape yg tak caya korang boleh search tentang lalat.  
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment